Aku ni dulu-dulu memang aktif dengan segala macam jenis MLM kat bumi Malaysia, sampai skim cepat kaya pun aku join. Tidur sampai larut malam semata-mata nak mengusahakan MLM ni.. Hasilnya, hidup aku dah penuh dengan hutang... Nasib baik lah aku dah beli rumah, kalau tidak aku mesti dah hidup merempat..
kata orang, kalau join MLM ni, kita kena usaha gigih.. Aku dah beri 100 peratus jalan hidup aku tetapi hasilnya... pedih aku nak rungkaikan... Mungkin kalau dikumpul hutang-hutang aku dulu tu, dah boleh beli tumah banglo sebiji.. tapi apa kan daya..
Aku tak salahkan MLM ni, tapi aku salahkan diri sendiri kerana tidak menyelidik sebelum menghetahui kemampuan diri.. Hidup perlu diteruskan walaupun bahu aku ni dag menggalas bebanan hutang yang menimbun-nimbun..
kepada yang baru kerja tu, anda mesti didekati mereka.. berhati-hati, there is no turning back..
Sekarang aku hanya kerja macam biasa yang penting cukup untuk sebulan pun dah bersyukur...
Cuma kalau masa dapat diputar, tak mungkin aku akan join MLM... Namun, aku terima takdir Allah dengan rela
No comments:
Post a Comment