Malaysia dan aku
Tentang keliling aku dan pendapat tentangnya secara peribadi
SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI
SELAMAT DATANG
TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS
Tuesday, July 28, 2015
hari ini tmys digugurkan jawatan tpm
Tpm dipecat. Tak tau nak kata apa. Siot je.
Sunday, March 30, 2014
Masalah hujub (riak dan takabur)
Aku ni memang tidak sempurna tetapi masalahnya untuk menutup ketidaksempurnaan itu, kadangkala aku suka sangat berbuat sesuatu untuk menunjukkan aku ni hebat. Masalah yang kadang-kadang membuatkan orang meluat dengan aku. Cuma aku ni jenis tidak diri. Kalau orang mengutuk pun, aku buat tidak kisah je. yang penting aku cuba menonjolkan bahawa aku ni sempurna. Walhal, kita tahu bahawa manusia tidak pernah sempurna.
Aku selalu sedapkan hati sendiri dengan menyatakan bahawa aku ni tidak hujub @ riak, dan aku anggap tidak salah sebagai gurauan semata-semata. walhal kalau kita dah bangga diri tu dengan sendirinya kita dah dianggap sebabagi riak.
Risaunya aku... cuma percayalah jauh dilubuk hatiku, aku tidak berniat untuk bangga diri.. Maafkan aku ya... (walaupun aku terus melakukannya)
Aku selalu sedapkan hati sendiri dengan menyatakan bahawa aku ni tidak hujub @ riak, dan aku anggap tidak salah sebagai gurauan semata-semata. walhal kalau kita dah bangga diri tu dengan sendirinya kita dah dianggap sebabagi riak.
Risaunya aku... cuma percayalah jauh dilubuk hatiku, aku tidak berniat untuk bangga diri.. Maafkan aku ya... (walaupun aku terus melakukannya)
Samsung vs iphone : mana yang lebih baik??
Aku membuat entry kali ini kerana amat penting sekali untuk kita menilai apakah keperluan yang sebenar. Pertamanya apa yang akan dibandingkan inilah ialah berdasarkan kepada jenama dan bukannya latest edition untuk kedua dua jenama ini.
Pertamanya samsung atau lebih tepat lagi samsung galaxy yng pelbagai itu. Bagi aku handphone jenama samsung ialah satu pakej yang tidak diupgrade secara keseluruhan bagi setiap keluarannya. Ini kerana jelas kalau kita tengok antara edisi pertama dan kedua atau seterusmya apa yang diupgrade hanya sedikit sahaja dan kadangkala tidak begitu memberi impak.. sebagai contoh aku amik ialah samsung galaxy s1 sampai s4.. penambahbaikan yang dibuat ialah dari segi mutu camera, internal memory, dan androidnya.. serta paparan skrin.. TETAPI.. jika anda ambil s1 dan s4 dan letakkan bersebelahan tidak begitu ketara bezanya. Nampak serupa dari segala sudut.. cuma yang bezanya ialah pada yang disebutkan sahaja. Aku andaikan kalau korang beli samsung galaxy s5 sekalipun akan begitu juga.. yang beza mungkin kelajuan tapi lain lain masih boleh guna yang lama.. so x der peningkatan sangat pun... apa pun penggunaan samsung ni sangat sangat mesra pengguna dan tak leceh...
Iphone pulak mereka agak teliti dalamm setiap edisi terbaru... sebab tu dia mengambil masa agak lama utk setiap keluaran... upgrading pula agak ketara seperti sound nya lebih jelas dan paparan amat memuaskan hati.. malah kalau iphone ada buat keluaran yang baru... memang tak rasa rugi nak amik sebab pasti dapat rasa perbezaan yang agak nyata.. cuma iphone ni masalahnya ada satu je saiz dia dan x pelbagai macam samsung... pengguna baru pula mungkin agak terkial kial kerana ia memerlukan masa untuk menyesuaikan penggunaan.
Secara keseluruhan.. kalau nak beli samsung tunggu lah 2 tahun baru dapat rasa jelas perbezaan dari segi penambahbaikan tetapi kalau iphone.. boleh je beli setiap keluaran baru kalau mampu kerana jarak masa bagi setiap keluaran memungkinkan mereka menghasilkan yang lebih baik...
Aku pakai hp apa plak? Samsung lah sebab mudah guna dan lebih tahan lasak...
Thursday, March 27, 2014
CNN PENIPU.. Kuala Lumpur di Indonesia??
Sungguh memalukan bila agensi yang kononnya hanya melaporkan kebenaran tetapi melencong jauh. Malah yang lebih menyedihkan lagi sudah terang bahawa kejadian MH370 berkait dengan MALAYSIA AIRLINES. jadi teranglah bahawa kuala lumpur terletak kat mana . Tapi punya lah CNN ni tak buat research dia main boh je kat INDONESIA.. rasanya wartawan CNN ni belajar pun tak pass kot sebab tu main suka hati dia tanpa penilaian atau kajian yang mendalam di dalam laporannya.
Kalau berita semudah ini pun mereka boleh tersalah lapor, bagaimana pula dengan berita berita lain. ADAKAH BOLEH DIPERCAYAI?? kesimpulannya lepas ni jangan percaya dengan agensi berita asing yang menipu je kerjanya..
Sunday, June 23, 2013
Perbandingan antara alza advanced dengan exora bold premium.
Harga
Dari segi harga jelas-jelaslah memang alza ni lagi murah.. harganya dalam rm 70k dan kalau nak dibandingkan dengan harga exora ni mencecah rm 89k.
saiZ
Dari segi saiz alza memang kalah banyak.. manakala exora ni memang luas. Kalau nak sumbat 7 orang exora lebih sesuai dan kepala tu nak hangguk2 dan geleng2 masih boleh dibuat dengan selesa. Tapi alza sila tengok depan sahaja.. tapi yang seat belakang @ row ketiga tu kalau nak kata sempit sangat sebenarnya tak juga tapi dengan syarat row kedua kena slide ke dpan skit.
Ruang penyimpanan barang
Antara kedua-dua jenis mpv kononnya ni saiz bonet belakang lebih kurang sahaja cuma exora lebih bsar skit.. kesimpulan dua dua tak best untuk barang kalau penumpang penuh 7 orang.. tapi ada alternatif untuk semua iaitu belilah roof box..memang dijamin selesa lepas tu nak anglut banyak barang.
power
Alza 1.5 memang amat sesuai dengan bodynya. Malah tak ada masalah walaupun maksimum load.naik bukit pun ok.. exora pulak yang jenis lama tu memang masalah... terkial kial nal naik bukit. Tapu yang bold ni kira oklah walaupun dengam 1.6 je tapi masih mampu mendaki bukit. Cuma kalau lah enjin nya tu dinaikkan sikit mesti ngam. Cuma insuran plak tak tahan kan..
servis
Alza sekarang didatangkan dengan servis dan alatganti percuma selama 3 tahun.. tapi kalau basic servisnya dlm rm200 ke bawah.. exora plak 1st servis percuma lepas tu dalam lingkungan rm 250 untuk basic servis.
minyak
Alza agak menjimatkan berbamding exora tapi tak banyak beza pun... dua2 masih dalam lingkungan munasabah.
body
Alza advanced dan exora bold premium dua2 ni dh didatangkan dengan full bodykit so bagi aku ok lah keduanya... cuma aku lebih suka exora punya body material sbb body dia rasa tegap dn sasa. Kalau hujan x der bunyi tin kosong. Kalau alza macam nipis je.. kena tambah sound insulator.. baru ok skit tapi exora masih menang
handling
Exora lebih best sbb dia berat dan stabil.. alza agak melayang kalau drive sorang2... tapi kalau penuh exora akan tertinggal dek alza... radius pusing alza kecil daripada exora jdi senanglah skit... secara keseluruhan kalu bab pemanduan... exora best bwk sbb dia lebih stabil daripada alza...
keseluruhan
Sama je... tapi alza better daripada exora... sbb kemampuan enjin, mantainance rendah, harga lebih murah... tapi kalau nk besar exora adalah pilihan terbaik..
Ini semua pandagan peribadi je..aku dh try dua2 dan ini lah kesimpulan yabg dapay di buat oleh orang kebanyakan dan bukan profesionl macam aku... wallahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)