SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI
SELAMAT DATANG
TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS
Sunday, March 30, 2014
Samsung vs iphone : mana yang lebih baik??
Aku membuat entry kali ini kerana amat penting sekali untuk kita menilai apakah keperluan yang sebenar. Pertamanya apa yang akan dibandingkan inilah ialah berdasarkan kepada jenama dan bukannya latest edition untuk kedua dua jenama ini.
Pertamanya samsung atau lebih tepat lagi samsung galaxy yng pelbagai itu. Bagi aku handphone jenama samsung ialah satu pakej yang tidak diupgrade secara keseluruhan bagi setiap keluarannya. Ini kerana jelas kalau kita tengok antara edisi pertama dan kedua atau seterusmya apa yang diupgrade hanya sedikit sahaja dan kadangkala tidak begitu memberi impak.. sebagai contoh aku amik ialah samsung galaxy s1 sampai s4.. penambahbaikan yang dibuat ialah dari segi mutu camera, internal memory, dan androidnya.. serta paparan skrin.. TETAPI.. jika anda ambil s1 dan s4 dan letakkan bersebelahan tidak begitu ketara bezanya. Nampak serupa dari segala sudut.. cuma yang bezanya ialah pada yang disebutkan sahaja. Aku andaikan kalau korang beli samsung galaxy s5 sekalipun akan begitu juga.. yang beza mungkin kelajuan tapi lain lain masih boleh guna yang lama.. so x der peningkatan sangat pun... apa pun penggunaan samsung ni sangat sangat mesra pengguna dan tak leceh...
Iphone pulak mereka agak teliti dalamm setiap edisi terbaru... sebab tu dia mengambil masa agak lama utk setiap keluaran... upgrading pula agak ketara seperti sound nya lebih jelas dan paparan amat memuaskan hati.. malah kalau iphone ada buat keluaran yang baru... memang tak rasa rugi nak amik sebab pasti dapat rasa perbezaan yang agak nyata.. cuma iphone ni masalahnya ada satu je saiz dia dan x pelbagai macam samsung... pengguna baru pula mungkin agak terkial kial kerana ia memerlukan masa untuk menyesuaikan penggunaan.
Secara keseluruhan.. kalau nak beli samsung tunggu lah 2 tahun baru dapat rasa jelas perbezaan dari segi penambahbaikan tetapi kalau iphone.. boleh je beli setiap keluaran baru kalau mampu kerana jarak masa bagi setiap keluaran memungkinkan mereka menghasilkan yang lebih baik...
Aku pakai hp apa plak? Samsung lah sebab mudah guna dan lebih tahan lasak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thankz! mmg tgh confius skang ni pun.
ReplyDelete