SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Sunday, March 30, 2014

Masalah hujub (riak dan takabur)

Aku ni memang tidak sempurna tetapi masalahnya untuk menutup ketidaksempurnaan itu, kadangkala aku suka sangat berbuat sesuatu untuk menunjukkan aku ni hebat. Masalah yang kadang-kadang membuatkan orang meluat dengan aku. Cuma aku ni jenis tidak diri. Kalau orang mengutuk pun, aku buat tidak kisah je. yang penting aku cuba menonjolkan bahawa aku ni sempurna. Walhal, kita tahu bahawa manusia tidak pernah sempurna.

Aku selalu sedapkan hati sendiri dengan menyatakan bahawa aku ni tidak hujub @ riak, dan aku anggap tidak salah sebagai gurauan semata-semata. walhal kalau kita dah bangga diri tu dengan sendirinya kita dah dianggap sebabagi riak.

Risaunya aku... cuma percayalah jauh dilubuk hatiku, aku tidak berniat untuk bangga diri.. Maafkan aku ya... (walaupun aku terus melakukannya)

Samsung vs iphone : mana yang lebih baik??

Aku membuat entry kali ini kerana amat penting sekali untuk kita menilai apakah keperluan yang sebenar. Pertamanya apa yang akan dibandingkan inilah ialah berdasarkan kepada jenama dan bukannya latest edition untuk kedua dua jenama ini. Pertamanya samsung atau lebih tepat lagi samsung galaxy yng pelbagai itu. Bagi aku handphone jenama samsung ialah satu pakej yang tidak diupgrade secara keseluruhan bagi setiap keluarannya. Ini kerana jelas kalau kita tengok antara edisi pertama dan kedua atau seterusmya apa yang diupgrade hanya sedikit sahaja dan kadangkala tidak begitu memberi impak.. sebagai contoh aku amik ialah samsung galaxy s1 sampai s4.. penambahbaikan yang dibuat ialah dari segi mutu camera, internal memory, dan androidnya.. serta paparan skrin.. TETAPI.. jika anda ambil s1 dan s4 dan letakkan bersebelahan tidak begitu ketara bezanya. Nampak serupa dari segala sudut.. cuma yang bezanya ialah pada yang disebutkan sahaja. Aku andaikan kalau korang beli samsung galaxy s5 sekalipun akan begitu juga.. yang beza mungkin kelajuan tapi lain lain masih boleh guna yang lama.. so x der peningkatan sangat pun... apa pun penggunaan samsung ni sangat sangat mesra pengguna dan tak leceh... Iphone pulak mereka agak teliti dalamm setiap edisi terbaru... sebab tu dia mengambil masa agak lama utk setiap keluaran... upgrading pula agak ketara seperti sound nya lebih jelas dan paparan amat memuaskan hati.. malah kalau iphone ada buat keluaran yang baru... memang tak rasa rugi nak amik sebab pasti dapat rasa perbezaan yang agak nyata.. cuma iphone ni masalahnya ada satu je saiz dia dan x pelbagai macam samsung... pengguna baru pula mungkin agak terkial kial kerana ia memerlukan masa untuk menyesuaikan penggunaan. Secara keseluruhan.. kalau nak beli samsung tunggu lah 2 tahun baru dapat rasa jelas perbezaan dari segi penambahbaikan tetapi kalau iphone.. boleh je beli setiap keluaran baru kalau mampu kerana jarak masa bagi setiap keluaran memungkinkan mereka menghasilkan yang lebih baik... Aku pakai hp apa plak? Samsung lah sebab mudah guna dan lebih tahan lasak...

Thursday, March 27, 2014

CNN PENIPU.. Kuala Lumpur di Indonesia??

Sungguh memalukan bila agensi yang kononnya hanya melaporkan kebenaran tetapi melencong jauh. Malah yang lebih menyedihkan lagi sudah terang bahawa kejadian MH370 berkait dengan MALAYSIA AIRLINES. jadi teranglah bahawa kuala lumpur terletak kat mana . Tapi punya lah CNN ni tak buat research dia main boh je kat INDONESIA.. rasanya wartawan CNN ni belajar pun tak pass kot sebab tu main suka hati dia tanpa penilaian atau kajian yang mendalam di dalam laporannya. Kalau berita semudah ini pun mereka boleh tersalah lapor, bagaimana pula dengan berita berita lain. ADAKAH BOLEH DIPERCAYAI?? kesimpulannya lepas ni jangan percaya dengan agensi berita asing yang menipu je kerjanya..