SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Saturday, May 1, 2010

10 ciri pemalas


* Kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.
* Sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial seperti gotong-royong dan lain-lain yang dianjurkan ditempat kerja atau di sekeliling kediaman kamu.
* Tidak pernah mengemas bilik tidur kamu.
* Separuh dari masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur.
* Orang melihat kediaman kamu sperti tongkang pecah, tetapi kamu melihatnya seperti istana indah.
* Sekiranya orang lain bersedih apabila gagal, tetapi kamu sedikitpun tidak berasa sedih. Bagi kamu, kegagalan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kamu.
* Cara kamu menutup menutup kelemahan kamu ialah selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak basuh.
* Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan, kononnya diet.
* Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja.
* Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

2 comments:

  1. "Separuh dari masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur"
    -ni lar hobi aku time ujung minggu..adekah aku layak diklasifikasikan seorang pemalas???:))

    ReplyDelete