SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Saturday, May 7, 2011

Cerita seram dariku.. (seram tak?).... betul-betul seram


Kisah ini berlaku kira-kira ketika usiaku menginjak 10 tahun.. iaitu 21 tahun yang lalu.. Waktu tu, ayah tak ada kereta.. Yang ada hanyalah motor buruk Yamaha merah( tak tau model apa)...

Satu hari ayahku mengajakku balik ke kampung kerana katanya ada kenduri arwah.. Kami tinggal di johor bahru dan kampungku terletak di pontian johor... perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam setengah.. Waktu bertolak kira-kira jam 6.45 petang...

Kampungku tu bolehlah dikatakan sebagai sangat ceruk.. jalan kecil yang hanya boleh membuatkan satu kenderaan sahaja. Waktu kami sampai ke jalan luar kampungku itu kira-kira jam 7.45 malam. Maghrib... Aku memang gerun sikit tengok suasana jalan.. sebabnya kiri kanan jalan puncak pokoknya hampir bertemu ditengah... menambahkan lagi suasana suram di jalan itu... Menambahkan keseraman hujan renyai-renyai mula membasahi badan kami..

Di dalam perjalanan, tetiba ada satu perempuan menahan perjalanan kami.. Mukanya hampir tertutup dengan selendang putih yang dipakai.. Aku berasa seram sejuk. Tapi yang bestynya bapak aku boleh pulak berhenti.. Dan perempuan tu duduk membonceng di belakangku menjadikan aku duduk di antara perempuan tu dan ayahku.. Aku baca surah alfatihah sebab rasa sejuk semacam je..

Sesampai di rumah nenekku.... Mereka menyambut perempuan tua itu dengan senyuman mesra... Aku tergamam... Rupa-rupanya perempuan itu adalah saudara nenekku yang ingin menghadiri kenduri tadi... SERAM KAN??? Ini memang pengalaman benar yang membuatkan ku ketawa selalu... PEACE....

Kisah seram lain, KLIK sini:- naser.com

Friday, May 6, 2011

Carta maharaja lawak menurut pandangan aku ( minggu ke 6)


1. Jambu
2. Sepah
3. Nabil
4. Jozan
5. Man
6. Amir

Jambu the best dari segi lawak kerana membuat kan aku gelak tak henti-henti manakala Amir menyebabkan aku macam segan nak tengok tv sebab lawak muka merah (buat lawak bagai nak rak akhirnya ketawa sendiri... penonton pulak macam library dah jadinya...

nak tengok video maharaja lawak minggu ke 6: KLIK SINI

Jururawat : oh kenapa kau begitu pemalas


Bila baca jer tajuk ni mesti korang ingat aku nak kutuk misi-misi ni.. sorry eh joyah, aku tak ada niat nak mengutuk mereka memandangkan layanan tahap sempurna gaban yang mereka berikan ketika isteriku ku melahirkan anak dulu... Punyalah baik walaupun spital kerajaan jer... cuma satu ni jer yang terkecuali

Itu bukan topiknya, apa yang nak aku nyatakan di sini ialah mengenai satu situasi di sebuah hospital ni... Korang tau tak bahawasanya kat hospital ni ada macam-macam level jururawat yang bekerja siang dan malam bertungkus lumus menjaga pesakit?? hah tak tau kan?? aku pun tak berapa tahu (lawak ulangan, kelakar tak??)

tapi adalah satu nurse yang dikenali sebagai sister ni bekerja siang dan malam (nampak macam nak puji tapii...) ye siang malam MEMBUTA maksudnya taknak buat kerja.... binawe.. kerjanya pergi ker hospital lepas tu lepak2. kemudian lepas tu tak naik ward. mentang-mentanglah dia ni berjawatan sister punyalah haprak mengarahkan staff nurse jer kerjanya... last2 staft nurse kena buat kerja.. Badigol sood betul.. Patutnya kan dia yang patut lebih kerja sebab ya lah staff nurse tak lah berpengalaman macam dia.. Atau aku suspect sebenarnya dia ni tak kerja selama ni sebab tu tak tau nak buat kerja.. PEMALAS...

Hmmm.. aku mcm pelik je nak komen pasal jururawat tapi aku luahkan ni sebab kesian kat jururawat bawahan ni yang menjadi kuli batak sister longkang tu..

Monday, May 2, 2011

Osama Laden mati



Aku tak tahu sama ada nak bersedih atau gembira... Aku sedih sebab saudara sesama ISLAM dibunuh oleh Regim setan tapi dalam masa yang sama gembira juga sebab OSAMA dah terlalu banyak melakukan kekejaman. Cuma cara pengendalian mayat amat menyayat hati kerana tidak menghormati saudara kita itu.. cara persemadian melalui campak ke laut.. Biarlah OSama dikebumikan secara terhormat...

APApun semoga dia dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.