SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI
SELAMAT DATANG
TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS
Saturday, May 7, 2011
Cerita seram dariku.. (seram tak?).... betul-betul seram
Kisah ini berlaku kira-kira ketika usiaku menginjak 10 tahun.. iaitu 21 tahun yang lalu.. Waktu tu, ayah tak ada kereta.. Yang ada hanyalah motor buruk Yamaha merah( tak tau model apa)...
Satu hari ayahku mengajakku balik ke kampung kerana katanya ada kenduri arwah.. Kami tinggal di johor bahru dan kampungku terletak di pontian johor... perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam setengah.. Waktu bertolak kira-kira jam 6.45 petang...
Kampungku tu bolehlah dikatakan sebagai sangat ceruk.. jalan kecil yang hanya boleh membuatkan satu kenderaan sahaja. Waktu kami sampai ke jalan luar kampungku itu kira-kira jam 7.45 malam. Maghrib... Aku memang gerun sikit tengok suasana jalan.. sebabnya kiri kanan jalan puncak pokoknya hampir bertemu ditengah... menambahkan lagi suasana suram di jalan itu... Menambahkan keseraman hujan renyai-renyai mula membasahi badan kami..
Di dalam perjalanan, tetiba ada satu perempuan menahan perjalanan kami.. Mukanya hampir tertutup dengan selendang putih yang dipakai.. Aku berasa seram sejuk. Tapi yang bestynya bapak aku boleh pulak berhenti.. Dan perempuan tu duduk membonceng di belakangku menjadikan aku duduk di antara perempuan tu dan ayahku.. Aku baca surah alfatihah sebab rasa sejuk semacam je..
Sesampai di rumah nenekku.... Mereka menyambut perempuan tua itu dengan senyuman mesra... Aku tergamam... Rupa-rupanya perempuan itu adalah saudara nenekku yang ingin menghadiri kenduri tadi... SERAM KAN??? Ini memang pengalaman benar yang membuatkan ku ketawa selalu... PEACE....
Kisah seram lain, KLIK sini:- naser.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanx for join..haha..memang seram...
ReplyDelete