SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Sunday, April 24, 2011

AF: Bila hazama dimasukkan semula

Aku memang minat gila dengan suara HAZAMA ni. Mantap beb... Mesti jatuhtergolek bebudak AF lain dengan kemerduan vokal yang ditonjolkan oleh saudara HAZAMA.
Tapi, ada jugak yang tak setuju dan katanya tidak adil bagi plejar-pelajar yang lain kerana HAZAMA sudah bergelar artis... Sapa kata tak adil... Bukankah sebelum ini ada juga artis yang telah measuk ke AF.. Malah ada album pulak tu... So setakat hazama yang hanya menjadi artis undangan kepada kumpulan MUH, nothing lah... So good luck for HAZAMA and please gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.....

Wednesday, April 20, 2011

Dalam toilet punya cerita... mencabar minda dan emosi


Pernah tak korang pergi mana2 toilet awam (soalan buduh kan???) HMM tapi pernahkah anda menghadapi situasi seperti situasi yang ingin dipaparkan disini. Ada satu kali tu, aku kena ke sebuah tempat kursus(bersebelahan tempat kerja bini aku).. waktu tu, aku perlu melepaskan sesuatu yang berat terkandung di dalam perutku... aku pun terkocoh-kocohlah macam tak menyempat nak masuk ke dalam mahligai tersebut.. tandas nya wangi membangkitkan selera untuk membuang benda tutttt..

Fuhhh lega rasanya... aku pun nak menceb**, buka lah pili air... ALAMAK??? tiada air? apa nak buat? Hmmm aku tengok kiri kanan dan baldi semua empty (kosong=takut ada yang tak paham)... amacam ni.. aku buka pintu (sambil duduk sebab tandas duduk), cuba melihat dari celah pintu... No body out there... Wutt to do...? Dari celah pintu aku nampak ada kain lap diluar (macam sesuai hatiku berkata)... muka mula dah berpeluh2 takut kantoi.. slowly aku pun keluar (dalam keadaan yang seperti itu)... bila tangan aku mencecah je pada kain buruk, burrrr air keluar dari paip tadi dan aku dapat dengar suara orang on the way datang... lekas-lekas aku masuk balik dalam toilet tadi dan membasuh apa yang patut dengan sebersih-bersihnya... FUHHH LEGA... keluar buat muka selamba sambil senyum2 pada mamat dua orang yang kat luar (apa benda punya orang lah hisap rokok dalam toilet, kdg2 aku buat gak)... begitulah kisah yang sangat mencabar luar dan dalam..

Saturday, April 16, 2011

Akademi fantasia: apa apa je kejutannya..


Malam tadi aku tengok AF sambil menonton siaran langsung pengumuman pilihanraya sarawak. Pasal AF ni mengarut kejutannya. Bagi aku kalau dah cakap setuju nak gugurkan pelajar, gugurkan je lah.. nak tunggu apa lagi.. bagi aku KAY (adik didie AF4) wajar digugurkan...

Dalam banyak calon yang nak dimasukkan pulak, aku rasa yang benar-benar layak masuk cuma HAZAMA je.. yang lain tu hampeh termasuk adik AIDA (MENJERIT JE KERJANYA).. suara sengau... Hidup hazama... dia best dan bagi aku dia akan jadi penyelamat AF9... Wassalam

BN menang Besar: sejahtera rakyat sarawak


Keputusan telah diumumkan di mana BN menang lebih 2/3 dengan 55 kerusi, DAP 10, PKR 3 dan Bebas 1.. Aku masa menunggu tu penuh debaran tapi ALHAMDULILLAH, akhirnya BN menang juga. Nampaknya khabar angin yang menyatakan PR akan menang hanyalah semata-mata khabar angin. Walaubagaimana pun, DUN yang dimenangi BN sebenarnya merosot dulu menang lebih 60 skarang dah kurang sikit. kena buat postmortem dan check mana yang patut. Tahniah sekali lagi kepada BN.

Tuesday, April 12, 2011

Bila kawanku membebel

Masa ni aku sebenarnya aku tengah nak buat kerja... tetiba rakanku ni asyik pot pet kat sebelah aku.. Pedih ulu hati aku.. Ishk cakap nanti takut bising pulak.. Yelah KAWAN (dengan gaya muka menyampah)...

Sebenarnya baru nak mula rajin... X apa esok ada lagi... Esoklah rajin... Lagipun hari ni boss takde, esok boss baru ada... Jadi sesuailah esok untuk jadi rajin

Hmmm... mereka masih pot pet lagi

Ameng spring didapati bersalah... Sedih dan hiba


Aku benar-benar terkejut bila pelontar suara yang merdu ni didapati bersalah.. Pada aku, muka dia kelihatan baik dan bagi aku juga mana ada bumi yang tidak dtimpa hujan (berperibahasa pulak)..

Ameng dah mengaku kesalahannya cuma hukuman yang dikenakan ke atasnya berat sungguh.. Mungkinkah Ameng sepatutnya diberi peluang kedua? bagi aku seharusnya begitu..

lapan tahun beb, lama tu.. dah lah tu kena sebat 10 kali. Aku kesian sangat kat dia. Namun yang demikian, isterinya terselamat daripada hukuman kerana pihak pendakwa menarik balik pertuduhan..

Apa2 pun, semoga Ameng tabah menghadapi dugaan hidup ini

Klik sini
SUMBER UTUSAN MALAYSIA:

Aku malas gila hari ni


Entah kenapa pagi-pagi ni aku rasa malas sangat... Sekarang ni waktu rehat... Jadi aku terus mengelepek (ada ke perkataan ni??)

masa bertugas pagi tadi, aku betul betul rasa hampeh.. Padahal kerja melambak.. Kalau nak kata tidur lewat, rasanya tak juga sebab aku tidur dalam jam 1 pagi... bangun jam 6 pagi lah lebih kurang.. Maknanya memang dah cukup tidur.. Tapi memang rasa malas sangat.. Semua kerja asyik nak bertangguh je.. Akhirnya dah menggunung dah kerja kat bahu aku ni..

Patutlah aku rasa macam senget semacam je... Rupanya dah banyak sangat kerja terbeban.. Nasib baik senget sebab kerja bukan dosa.. hehehehehe


Tak apa, aku berazam akan menjadi orang rajin pada hari esok... Tapi untuk hari ni, aku nak sambil lewa jer... (masih malas jugak)

Viewer tinggi tapi sikit sangat yang jadi follower (x kisahlah)



Aku agak pelik sikit dengan blog aku ni... Aku rasa rama juga yang baca dan menyinggah ke blog aku ni tapi sikit sangat yang follow.. Anyway, aku tak kisah pun, yang penting hanya bersuka2.. huhu

Monday, April 11, 2011

sendu AF9: bengang dengan pengkritik OGY


Peminat Af telah kembali. Aku memang terasa sesuatu yang hangat dan sering menunggu... Kembalinya AF menjadikan ada sesuatu yang aku nak nanti pada malam sabtu.. yang menjadik masalah ialah apabila Pengkritik terlebih sudu dari kuah..

Bagi aku semua pengkritik tu dah ok cuma ada minah banyak songeh ni menyebabkan aku menyampah.. Macam bagus gila... Padahal dia berlakon pun over sangat sampai tahap tak natural.. Dok menyumpah semua perserta AF.. Aku pun memang nampak peserta AF ada yang tidak elok, tapi masalahnya OGY ni rasa dia bagus sangat..

Aku tak suka dia jadik pengkritik sebab menyebabkan aku macam nak lempang juga muka dia (tapi tak lah sampai tahap tu.. kalau kita sound dia mesti dia kata sekadar nak mendidik.. Astro please tamatkan kontrak dia sebagai pengkritik kerana kritikan dia tak relevan..

Tak boleh angkat tanganlah, tak boleh ada penari lah, hai benci gila..

Ada satu rancangan yang dia kendalikan yang dinamakan JAGUH KAMPUNG... hmmmm macam biasalah minah ni mesti over...

Kesimpulan: tak suka OGY ahmad daud sebab OVER

Sunday, April 10, 2011

cari pasal.


Aku tak senang duduk hari ni bila ada yang saja je cari nahas. Nak report dengan boss konon.. walhal kerja sendiri tak siap.. Menyampah tahap gaban. Benci betul.. Konon nak mengampu lah tu dengan bagitau apa yang orang lain buat salah..

Sorry sikit ye, bab mengampu ni aku nombor satu.. (wakakka) Kau takkan terlepas ye. sebab bos pun dah bagitau aku balik tentang apa yang kau lakukan tu. Siap kau..?

Thursday, April 7, 2011

Perwira tidak didendang

Ada kalanya kita hidup sebagai manusia memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan perangsang hidup. Perangsang ini boleh datang dalam pelbagai bentuk.. Kadangkala pujian, hadiah ataupun cukup sekadar senyuman..

Namun, adakalanya kita tidak dapat apa yang kita harapkan dan kehendaki. Ini sesungguhnya sesuatu yang menyedihkan bilamana apa yang kita lakukan tidak dihargai.

kata orang, berbuat sesuatu kena ikhlas tapi kalau tak diiktiraf kadangkala jadi tak ikhlas,,

Tuesday, April 5, 2011

CErita tempat kerja (nak ngumpat sikit)

Aku waktu muda dulu boleh lah dikatakan orang yang agak rajin dan berkaliber.. Cuma bila dah lama sikit, mulalah nak tunjuk perangai bagus.. Walhal taklah sebagus mana..

Aku ada sedikit kisah kat tempat kerja aku ni... Kita memang biasa bekerja dengan ramai orang... Dalam ramai-ramai tu, mesti ada yang rapat dengan kita..

Yang menjadi masalah ialah, apabila kita telah rapat dengan rakan sekerja, dan rakan sekerja mengambil kesempatan ke atas kita. Sebagai contoh, kita kena coverkan kerja dia walaupun dia tak siap.. kadangkala tu yang lebih memedihkan hati apabila kita terpaksa menipu demi menjaga aib dirinya..

Aku memang bengang bila orang ambil kesempatan.. aku pun suka juga ambil kesempatan, tapi pada pada lah. Jangan berlebihan..

Sekarang aku dah bengang.. (bukan bengong), cuma masalahnya dia ni kawan.. tapi caranya membuatkan aku terfikir samaada nak kawan atau tak dengan dia???

P/s: 1. macam budak sekolah rendah pulak nak kawan atau tak kawan
2. aku sibuk cakap tak nak kawan dengan orang, diorang ni sebenarnya nak ke kawan dengan aku

Sunday, April 3, 2011

mahaRaja Lawak?

Best-best... Aku bagi rate 5 stars out of 5.1 stars.. memang best.. Bagi aku paling best sekali ialah NABIL... memang berbisa.. Yang lain best jugak cuma yang lain dalam group. jadik tidak lah sebest orang yang mampu buat lawak sacara solo..

Jihan tak kurang hebatnya, cuma rezeki dia tak berapa kerana diletakkan di top bottom (boleh gitu).. semua boleh dikatakan beri lawak yang membrangsangkan. Macam kumpulan jambu (tauke+yus), aku tak target langsung grup ni mampu berikan yang besh, tapi tak disangka lawaknyacukup menjadi..

dalam ramai-ramai cuma satu je yang aku langsung tak suka 100%.. AMIR, aku rasa kalau dikumpulkan semua peserta raja lawak, rasanya dia mesti dapat bottom 3... Jahat tak?