SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Wednesday, March 30, 2011

Hari sabtu? Wajarkah kakitangan kerajaan bekerja?

Aku memang tidak berapa mahir dalam urusan pekeliling.. Namun, apa yang pernah aku dengar ialah, hari sabtu ialah hari rehat dan jika disuruh bertugas seharusnya dengan rela hati daripada pekerja..

namun demikian, kadangkala ada kuasa ghaib yang menggunakan kuasa VETO (walaupun tidak diperuntukkan untuknya) bagi menyuruh kakitang bekerja pada hari sabtu. bagi aku, ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi. Tapi, nak buat macam mana, kadangkala kita sebagai kakitangan biasa, terpaksa mengikut arahan walaupun tanpa kerelaan dan juga bukan kenyataan pekeliling.

Sunday, March 27, 2011

Indahnya matematik

tadi aku sibuk menyelak-menyelak buku-buku dalam laman maya ni.. Jumpa sesuatu yang interesting... just nak kongsi... memang best

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888



Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:



1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Saturday, March 26, 2011

Kisah solat

cerita ini benar-benar menginsafkan aku? bagaimana pula dengan korang?

Bismillah. Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna Hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut danmeletakkannya di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa apabila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dalam beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah-patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam tersebut sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah-matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat-lewatkan solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman daripada kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insya Allah. Ini baru siksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat langsung?

Friday, March 25, 2011

Kisah bapa mithali

Seperti yang diketahui ramai, kita sering diuar-uarkan dengan kisah ibu mithali.. Mari kita dengarkan kisah bapa mithali..

Ada sepasang suami isteri yang kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan awam. Satu hari si ibu perlu kerja ke luar daerah. Maka tinggallah si bapa dengan si anak tadi. Kebetulan si anak ini demam yang amat panas. Sedangkan ibu perlu keluar daerah selama 3 hari. Malam pertama, anak menangis-nangis dan tidak mahu susu. Lalu sibapa bergegas ke tempat si ibu tadi untuk menerima susuan si ibu. Kemudian kembali semula ke rumah di daerah berlainan.

Hari kedua, si anak masih lagi demam dan tidak kebah-kebah. Lalu si bapa telah mengambil cuti dan bergegas ke daerah tempat si ibu berkursus. Menyewa 1 malam di hotel dan menjemput isterinya apabila si isteri tamat kursus pada malam tersebut. Esoknya, si bapa menghantar semula si ibu ketempat kursus...Mithali kan bapa ini yang sanggup bergerak jauh demi si anak.

Semoga si anak sihat sejahtera dan rumah tangga kekal selamanya... Amin

Wednesday, March 23, 2011

Sensasi lelaki Y

Keliru dan penuh rahsia.. Cuma aku rasa tak lah berapa rahsia sangat sebenarnya. Yelah, daripada bahan bukti yang diperolehi daripada dalam sel, sebenarnya kita semua dah tau DNA nya match dengn lelaki Y. Cuma tak boleh diterima kerana ia dikatakan tidak mengikut undang-undang..

Namun yang demikian, hari ini melalui harian metro telah keluar satu kenyataan bahawa DNA tidak boleh dipaksa serah oleh si yang dituduh. Jadi lelaki tersebut sebenarnya ada HAK untuk tidak menyerahkan DNA nya.

Di dalam akhbar yang sama turut memaklumkan bahawa Barang bukti dari sel telah diterima pakai kerana tiada unsur-unsur pelanggaran undang-undang semasa mengambil bahan bukti..

Tentang video and segala bagai tu, aku tak nak komen.. Cuma, macam dah tau je ending kes ni... kan.. kan... kan?

Tuesday, March 22, 2011

kedai mamak: tipah tertipu

Semalam anak aku demam, so aku pun nak pi klinik. Time tu dah pukul 6.45 petang... So ronda-ronda, klinik semua dah tutup... Diorang bukak balik dalam jam 7.25... masa tu perut aku dah lapar gila.. bini aku pun sama juga.. yelah hujan dan kitaorang tak makan lagi.. So, masa aku nak pergi farmasi sebab nak beli termometer untuk anak aku, aku pun singgah kat kedai mamak sebelah dia dan order dua bungkus roti canai sardin. Semasa menunggu pesanan sampai, aku tanya2lah dengan mamat mamak (katanya) yang sedang memasak roti canai tu.

Aku tanya nama dia, dia jawab nama dia MUTHU.. What??? so aku tanya lagi agama apa??.. Dia jawab agama Hindu, aku terus takut nak makan sebab was was.. yang pelik tu kedai tu ada tulis ALLAH Muhammad dan ayat alquran kat dinding dia... Menipu namanya ni... Mana boleh tukang masak bukan ISlam memasak di kedai ISLAM...

JAdi, aku nak advice kalau nak ke kluang jangan ke kedai MAMAK di sebelah farmasi dekat dngan sungai... sebab tukang masak dia namanya MUTHU.. aku ni jiwa 1Malaysia tapi bab makan kena jaga beb,...

tak silap aku namakedai makan tu Restoran Jamilah..

Monday, March 21, 2011

Cikgu shidah yang glamour

nak tulis jugak pasal dia.. Aku memang minat gila kat dia ni... sempoi, kreatif, berseni dan punya keberanian.. tak macam orang lain yang hanya tau mengkritik je... video dia memang best kalau diberi pilihan tentu aku vote the most popular miming video ever... aku salute dia selamanya

http://www.youtube.com/watch?v=HV7IW3n5oWs&feature=fvwrel

Aku mesti bermotivasi... ye kah?

Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah dalam jam 6.30 pagi... mula-mula hantar isteri(saja nak naik satu kereta jimat minyak), lepas tu hantar anak ke rumah mak, then baru ke tempat kerja sendiri... biasanya aku akan sampai ke tempat kerja sekitar jam 7.16 pagi..

bukan itu ceritanya.., Aku rasa lately ni aku makin malas.. Sebab kalau nak list down memang banyak sangat kerja yang aku kumpulkan tapi tak buat-buat.. Entah macammana tetiba pagi tadi aku "TERBUKAK" IKIM FM (106.?? area kluang), so terdengar lah tazkirah.. best gak channel ni. aku pun macam lahir satu semangat yang pastinya membara tatkala itu..

lepas tu aku sampai je kat tempat kerja, tetiba boss panggil aku.. dia cakap prestasi aku teruk.. nak jumpa pada pukul 1.20 tengahari (padahal prestasi tu bukan salah aku sorang...hehhehe taknak ngaku)..

entahlah... terus motivasi aku yang tadi membentuk insan sejati dan penuh dedikasi merudum sama sekali.. kejap sangat berubah.. aku rasa aku ni memang ngokngek... Tu lah suka sangat ngata orang... akhirnya orang menyampah dan menyumpah aku.

Ishk kalaulah motivasi boleh beli kat kedai, dah lama aku beli... aku ni dah jadi pemalas (macamlah rajin sangat sebelum ni)..

dah lah... malas nak membebel lagi... nak up balik motivasi dan sambung kerja.

Sunday, March 20, 2011

Dun sarawak dah bubar

hmmm best best... mesti ada isu baik punya... nanti aku komen ok...

Merah Padam mukaku

Aku ni memang nampak alim tapi hakikatnya hanya Dia yang maha mengetahui.. Aku memang ngaku aku ni suka ngumpat tapi aku rasa masih tak tahap kritikal... katanya..

satu kali tu aku pun dok pergi teman isteri aku( teman isteri je kerja aku ni.. so, sementara dia buat urusan kat pejabat *** tu, aku pun mengendong lah anak aku bersiar2 di sekeliling luar pejabat tu.. dah letih (anak aku 7kg lebih).. aku pun duduk kat pondok jaga... jaga tu pun layan borak... Orang tua ni memang peramah sgt.. sekali lagi aku terpaksa jadik becok sebab pak guard tu peramah walaupun sebenarnya aku ni pendiam..

dok sembang baik punya, tetiba ada satu minah ni masuk lah ke dalam kawasn perkarangan pejabat tu... punya lah badigol.. dia langsung tak menoleh ke pakguard.. tak hormat orang tua langsung...dalam hatiku berkata.. tapi aku luahkan juga pada orang tua guard tu...

aku sibuklah mengomen sambil mengumpul dosa(ya allah, ampun kan aku).. last2, pakguard tu bagitau itu anak dia.. aku tersipu gila tak tau nak cakap apa... lepas tu terus aku angkut anak aku lepak dalam kereta je.. lepas ni, aku mesti taknak teman bini aku pergi situ lagi... nyesal gila

Wednesday, March 16, 2011

Gunting rambut yang tuttttt.............. dan hero hindustan

Semalam aku dan isteri aku ke bandar sebab menguruskan hal dia ni... Aku pun ke kedai india kegemaran aku. malangnya tukang gunting rambut yang aku suka dah balik ke nagara india.. itu bukan cerita yang aku nak cerita..

apa yang aku nak cerita sebenarnya ialah mengenai tukang gunting baru.. Mamat ni memang dari india jugak.. dia memang tak boleh cakap bahasa melayu langsung.. tapi, dia boleh cakap bahasa inggeris sikit-sikit.. semasa menggunting, mulut dia punyalah peramah.. aku yang"pendiam" ni pun turut serta berceloteh sekali.. mula-mula oklah dia cerita pasal negranya yang canti dan katanya kawasan yang dia tinggal tu yang tercantik di india (chennai).. entah aku pun tak pernah bergoogle nengok chennai macamana..

tetiba dia tanya, aku ni agama apa??/ aku punjawablah islam.. dia cakap muka aku tak macam orang islam tapi macam hindu.. dan dia sangat pelik sebab bini aku pakai tudung labuh (muslim).. aku bagitau tapi dia tak percaya.. Mungkin dia buta kot.. tengok muka jawa aku ni tapi persis muka HERO HINDUSTAN.. heheheheh

NUKLEAR: jepun dan malaysia


Aku memang betul betul sadis apabila mendengar tentang bencana alam yang berlaku di jepun tu.. Jepun bukanlah negara pembangun senjata nuklear tetapi mereka menggunakan tenaga itu sebagai satu sumber bagi menjana elektrik yang murah dan efisien walaupun risikonya amat tinggi. Bagi negara jepun yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta sering diancam bencana, tentunya pelbagai langkah telah diambil bagi meminimakan bencana yang berisiko terjadi.. Tapi, tulah, kuasa manusia mana mampu mengatasi kuasa tuhan kan?

Malaysia pula telah merancang untuk membina reaktor nuklear nya sendiri.. Dengar katalah, menjelang tahun 2020 Malaysia akan memiliki sendiri sumber tersebut. Setelah kejadian yang berlaku di jepun itu, tak tahulah samada malaysia akan meneruskan rancangan itu atau tidak.. kalau ikut TUN M, dia tak suka malaysia ada sumber tu sebab malaysia takder kemampuan untuk menjaga atau memantau keselamatan.

Pada pendapat aku pulak, AKU SETUJU jika reaktor nuklear itu diteruskan pembinaannya.. sebab malaysia jauh dari kawasan bencana dan sekrang sumber tenaga semakin berkurangan.. tentang keupayaan mengendalikan tenaga nulear, aku rasa Malaysia masih punya masa untuk belajar dari negara lain.

Tuesday, March 8, 2011

kisah hipokrit

Pada hari sabtu lepas aku ada ikut isteri aku ke melaka. Hmm.. hari yang membosankan sebab aku tak rasa aktiviti yang dijalankan dirancang dengan bersungguh-sungguh. Apa yang aku nampak aktiviti yang dijalankan hanya ingin memenuhkan rancangan masa lapang semata-mata.. tapi masa ada games sikit tu kira puas hati jugaklah.. Namun bukan itu yang aku nak cerita..

di dalam banyak-banyak individu yang menyertai rombongan ini, aku memang pelik ada sorang minah ni (kalau lah layak dipanggil minah), pakai purdah... WHAT??? (boleh kerja gomen pakai purdah)... well, lantak dia lah.. tapi yang aku musykil dan pelik serta terasa macam nak muntah sakan ialah apabila dia menjerit sesuka hati ketika perlawanan persahabatan bola jaring... langsung tak masuk gaya..

aku bukanlah anti dengan orang yang pakai purdah@alim (katanya)... namun, yang pelik lagi ni,,, masa nak bertolak boleh pulak dia panggil ramai-ramai budak lelaki buat sembahyang sunat dhuha.. memang bagus sembahyang tu cuma tak kena tempat.. waktu tu semua dah menunggu nak naik bas.. Macam nak menunjuk.. lebih memelikkan lagi hanya budak lelaki dipanggil dan budak perempuan dibiar naik bas.. ishk ishk.. kecohlah lu beb..

Aku memang tak boleh sesuka hati nak judge orang tapi yang nyata instinct aku menyatakan dia memang nak menunjuk..
aku memang mulut jahat kan... kalau setuju... terima kasih sebab memuji.. hahahahah

Tuesday, March 1, 2011

Fitnah

sekarang ni orang dok sibuk membuat kisah sensasi sepanjang masa. tak kiralah politik ke, hiburan ke, kat tempat kerja ke, kat tempat belajar... semua nak glamour dan publisiti.. Akibatnya fitnah menjadi sesuatu yang common. Kita ni hidup kejap je.. kena elakkan semua tu.. Ada juga yang nak berjaya dengan menggunakan cara yang kotor iaitu memfitnah orang lain. Ini termasuklah dalam dunia perniagaan. Seringkali kita dengar mereka memburukkan orang lain bagi membolehkan mereka dapat menarik perhatian orang supaya terdorong mendapat keuntungan dari sesuatu pihak..