SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Wednesday, March 16, 2011

NUKLEAR: jepun dan malaysia


Aku memang betul betul sadis apabila mendengar tentang bencana alam yang berlaku di jepun tu.. Jepun bukanlah negara pembangun senjata nuklear tetapi mereka menggunakan tenaga itu sebagai satu sumber bagi menjana elektrik yang murah dan efisien walaupun risikonya amat tinggi. Bagi negara jepun yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta sering diancam bencana, tentunya pelbagai langkah telah diambil bagi meminimakan bencana yang berisiko terjadi.. Tapi, tulah, kuasa manusia mana mampu mengatasi kuasa tuhan kan?

Malaysia pula telah merancang untuk membina reaktor nuklear nya sendiri.. Dengar katalah, menjelang tahun 2020 Malaysia akan memiliki sendiri sumber tersebut. Setelah kejadian yang berlaku di jepun itu, tak tahulah samada malaysia akan meneruskan rancangan itu atau tidak.. kalau ikut TUN M, dia tak suka malaysia ada sumber tu sebab malaysia takder kemampuan untuk menjaga atau memantau keselamatan.

Pada pendapat aku pulak, AKU SETUJU jika reaktor nuklear itu diteruskan pembinaannya.. sebab malaysia jauh dari kawasan bencana dan sekrang sumber tenaga semakin berkurangan.. tentang keupayaan mengendalikan tenaga nulear, aku rasa Malaysia masih punya masa untuk belajar dari negara lain.

2 comments:

  1. Hakikatnya kini baru aku semakin tahu......kawan aku memang berwibawa......keep up writing......aku follow blog ko....best2.....

    tp part hero hindustan tuh yg aku x larat..... funny siot....

    ReplyDelete
  2. thanks ayong... aku tulis sekali sekala jer.. nanti aku cuba follow blog kau gaks

    ReplyDelete