SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Friday, March 25, 2011

Kisah bapa mithali

Seperti yang diketahui ramai, kita sering diuar-uarkan dengan kisah ibu mithali.. Mari kita dengarkan kisah bapa mithali..

Ada sepasang suami isteri yang kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan awam. Satu hari si ibu perlu kerja ke luar daerah. Maka tinggallah si bapa dengan si anak tadi. Kebetulan si anak ini demam yang amat panas. Sedangkan ibu perlu keluar daerah selama 3 hari. Malam pertama, anak menangis-nangis dan tidak mahu susu. Lalu sibapa bergegas ke tempat si ibu tadi untuk menerima susuan si ibu. Kemudian kembali semula ke rumah di daerah berlainan.

Hari kedua, si anak masih lagi demam dan tidak kebah-kebah. Lalu si bapa telah mengambil cuti dan bergegas ke daerah tempat si ibu berkursus. Menyewa 1 malam di hotel dan menjemput isterinya apabila si isteri tamat kursus pada malam tersebut. Esoknya, si bapa menghantar semula si ibu ketempat kursus...Mithali kan bapa ini yang sanggup bergerak jauh demi si anak.

Semoga si anak sihat sejahtera dan rumah tangga kekal selamanya... Amin

2 comments:

  1. sedihnya.....
    tahniah buat si bapa yg gigih demi si anak..semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan yg mendtg dan bahagia bersama..pada si anak semoga berjasa kepada kedua ibu bapa..

    ReplyDelete
  2. hak ah.. aku pun doakan jugak kebahagiaan mereka... AMIN

    ReplyDelete