SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI
SELAMAT DATANG
TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS
Wednesday, April 28, 2010
Petua : Hilangkan Perut Buncit
Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.
Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.
Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.
KESUBURAN WANITA
Menentukan Kesuburan Wanita - Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita
Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.
Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.
Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.
Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.
Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita:
Pusingan Haid
Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.
Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.
Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).
Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.
Catatan Suhu Badan
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini.
Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.
Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.
Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.
Ujian Darah
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.
Ujian D & C
Ujian D & C selalu dikatakan oleh doktor pada wanita yang kurang subur. Dalam tatacara pembedahan yang kecil ini, saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.
Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D & C juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini hanyalah satu bukti secara tidak langsung bagi menentukan pengeluaran benih wanita.
Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan keteika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.
Pemeriksaan Fizikal
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan.
Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.
Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.
Pemeriksaan Sistem Peranakan
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.
Jangkitan Faraj
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan masalah kesuburan.
Pemeriksaan Laparoskopi
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.
Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.
Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.
Untuk melakukan pemeriksaan laparoskopi, wanita berkenaan perlulah dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Dia akan dibius bagi menjalani pemeriksaan ini. Di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN, pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu wanita tersebut bermalam di wad. Mereka hanya perlu datang ke pusat tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama.
Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)
Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram. Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.
Bagaimana meningkatkan kesuburan?
Elakkan makan makan daging merah ( cthnya daging lembu, kambing,rusa dll. )
Elakkan makan makanan dari tenusu ( cthnya susu lembu, chess dll produk tenusu ). Tetapi, ini haruslah digantikan dengan meminum susu soya.
Elakan minum kopi dan teh. Ini kerana caffeine di dalamnya akan menyebabkan pengurangan kesuburan sebanyak 50%.
Tenangkan jiwa senang tiasa. Contonhnya pergi melancong. Bila tenang, badan kita pun tenang.
Mengenali Kitar Haid Wanita
Tips Untuk Para Pencari Kerja : Rezeki Halal Ada Di Mana-Mana
KEGAWATAN ekonomi sekarang menyaksikan ramai yang dibuang kerja. Sehingga 29 Januari lalu, seramai 10,000 orang telah diberhentikan. Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada jangkaan awal iaitu sekitar 4,000 orang yang akan dibuang kerja dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Walaupun ada usaha di pihak kerajaan untuk mendapatkan semula pekerjaan bagi mereka yang kehilangan mata pencarian ini, namun pastinya tidak semua daripada mereka akan mendapat kerja baru.
Justeru, sebagai warga negara yang memahami kesukaran yang dihadapi oleh kerajaan, kita tidak sepatutnya mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyelesaikan masalah ini. Kita juga boleh berusaha sendiri demi mencari rezeki yang halal untuk menanggung diri dan keluarga.
Islam menuntut umatnya supaya bekerja mencari rezeki. Sekiranya seseorang itu gagal mendapat kerja “makan gaji”, dia perlulah berusaha sendiri. Perkara ini disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud: “Jika kamu keluar (bekerja) pada waktu pagi dengan membawa kayu api untuk dijual (bagi mendapatkan rezeki) di pasar adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberi atau tidak, tidak akan memberi berkat kepada kamu. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat Muslim).
Bila memperkatakan mengenai berusaha sendiri, ramai yang melihat perniagaan sebagai satu sumber pendapatan. Benar, ramai yang berniaga untuk mencari rezeki. Walaupun ramai yang mengimpikan untuk memiliki perniagaan bernilai jutaan ringgit, namun perniagaan secara kecil-kecilan juga mampu memberi rezeki kepada kita.
Seorang anak muda yang memiliki gerai burger pernah memberitahu penulis bahawa secara purata, dia berjaya menjual 100 bungkus burger dari 7 petang hingga 12 tengah malam. Penulis pun mencongak sendiri. Jika sebungkus burger memberinya keuntungan sebanyak 50 sen, dia akan mendapat RM50 sehari atau RM1,500 sebulan.
Itu belum dikira apa yang boleh dibuat oleh anak muda tersebut untuk menjana pendapatan di siang hari ketika gerai burgernya itu masih belum dibuka.
Penjual sate keropok lekor di luar kawasan sekolah anak penulis pula memaklumkan, dia boleh mendapat RM100 sehari dengan menjual sate dari sebuah sekolah ke sebuah sekolah lain.
Benarlah bahawa berniaga kecil-kecilan itu mampu menampung hidup mereka yang menceburinya. Berniaga untuk menjadi kaya-raya pula, adalah perkara yang berbeza.
Bagaimanapun, berusaha sendiri tidak terhad kepada berniaga makanan atau barangan semata-mata. Kita juga boleh menjual khidmat tenaga dan kepakaran kepada pelanggan. Malah, ia merupakan satu bentuk perniagaan yang lebih baik kerana ia tidak memerlukan modal tinggi dan tiada risiko kerosakan pada barangan yang hendak dijual. Kemahiran, kepakaran dan tenaga empat kerat adalah modalnya.
Kebanyakan suami isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu rumah, mengupah pencuci pejabat – yang terdiri daripada warga asing – untuk membersihkan rumah pada hujung minggu.
Biasanya, untuk sebuah rumah upahnya ialah RM50. Dalam sebulan ada lapan hari Sabtu dan Ahad. Ini bermaksud, seorang pencuci pejabat yang rajin boleh mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM400 sebulan.
Seorang bekas pekerja kilang yang baru diberhentikan mungkin tidak teruja dengan jumlah gaji sebanyak ini. Namun, pendapatan sebanyak RM400 dengan bekerja hanya lapan hari sebulan adalah sesuatu yang lumayan. Banyak lagi yang boleh diusahakan pada baki 20 hari dalam masa sebulan itu.
Begitu juga, mereka yang ada rumput di halaman rumah tentu tahu betapa mahalnya upah untuk memotong rumput. Ini bermakna bidang itu juga ada potensi untuk diceburi. Tambahan pula ,rumput tidak pernah berhenti tumbuh sama ada suasana ekonomi gawat ataupun tidak.
Betul, ia memerlukan sedikit modal asas untuk membeli mesin pemotong rumput. Namun jika rajin, ia boleh menjadi sumber rezeki yang memuaskan.
Bahan buangan juga boleh memberi rezeki kepada kita. Seorang kenalan penulis mencari pendapatan tambahan dengan mengitar semula botol-botol plastik. Hasil jualannya itu kadangkala mencecah RM200 sebulan. Walaupun gajinya mencukupi untuk menanggung keluarganya, namun secara peribadi, beliau merasakan tiada salahnya untuk menambah pendapatan dengan cara sedemikian.
Jelas bahawa rezeki halal ada di mana-mana dan bukannya di dalam pejabat yang berhawa dingin semata-mata. Soalnya, apakah kita mahu mencarinya dengan apa cara sekalipun atau mahu menunggu rezeki itu datang bergolek?
Ia juga banyak bergantung kepada cara kita melihat peluang-peluang yang terbuka luas itu. Sekiranya kita melihatnya sebagai satu cara mencari rezeki halal yang dituntut agama, kita akan melihatnya sebagai satu peluang.
Sebaliknya, jika kita melihat usaha-usaha tadi sebagai pekerjaan yang memenatkan, tidak menjana banyak wang dan menjatuhkan air muka dan maruah, maka ia bukanlah pilihan sesuai untuk kita. Tetapi, tepuk dada, tanya selera.
Sunday, April 25, 2010
Kisah 1 pagi (polis trafik)
hari tu aku ada ke bandar... Masa tu jam dah menunjukkan pukul 1.oo pagi... Baru balik dari kedai mamak... Masa tu lapar sangat lepas buat assignment..
nak jadikan cerita aku pun buat short cut dekat satu jalan one way.. Malam, dah tak ada orang..
Entah macam mana tetiba, ada abang polis traffic ni lalu kat situ bawa motor dengan member dia.. Mereka tahan aku lalu beri amaran nak keluarkan saman.. Aku pun merayu minta maaf banyak-banyak kat abang polis sebab aku tak sengaja.. Tapi abang polis ni tak kasihan pada aku sebab dia tetap nak saman dan tulis dekat buku dia tu..
Aku pun pasrah je lah sebab aku dah nampak dia menulis sesuatu. Pada anggapan aku. dia memang nak keluarkan saman..
Dia mengulang-ulang ayat yang sama kata aku perlu di saman. Aku cakap saman jelah nak buat macamana kan?
Rupa-rupanya dia tak saman aku pun dan cuma bagi nasihat seterusnya berlalu macam tu je... Persoalan aku sekarang, kenapa dia berlalu dan tak saman aku?? kenapa???
Wednesday, April 21, 2010
10 hal untuk DIKATAKAN kepada seorang wanita hamil
1. Kau kelihatan indah!
2. Anda berseri-seri.
3. Anda tidak kelihatan hamil.
4. Bayi anda berjaya memiliki anda sebagai seorang ibu.
5. Pikirkan semua belanja.
6. Anda harus makan lebih sedikit setiap hari.
7. Anda boleh berada di akhir menerima perilaku yang baik setidaknya untuk sementara).
8. Sembilan bulan untuk memanjakan diri sendiri.
9. Anda boleh menjadi sebahagian daripada dunia baru.
10. Anda sangat beruntung!
semua israel: Biar betul
Aku malas nak ulas satu persatu tentang apa yang berlaku disekeliling kita tetapi apa yang aku pasti semua orang di antara 2 belah pihak tu saling tuding menuding antara satu sama lain dengan menyatakan pihak yang satu lagi ada pertalian dengan israel.. Aku pun dah naik bingung bila tengok kelibat pemimpin A dan B yang saling menuding jari..
Kalau kita tengok di dalam youtube, semakin menjadi0jadi juga pertelingkahan mengenai ISRAEL... Aku berdoa sangat semoga mereka semua ini tiada kaitan dengan ISRAEL yang kita benci...
Moga-moga itu hanya lah cakap-cakap politik dan tiada kaitan dengan apa-apa pun... dengan ISRAEL.. INSYAALLAH
Monday, April 19, 2010
MLM-mangsa atau tamak?
Aku ni dulu-dulu memang aktif dengan segala macam jenis MLM kat bumi Malaysia, sampai skim cepat kaya pun aku join. Tidur sampai larut malam semata-mata nak mengusahakan MLM ni.. Hasilnya, hidup aku dah penuh dengan hutang... Nasib baik lah aku dah beli rumah, kalau tidak aku mesti dah hidup merempat..
kata orang, kalau join MLM ni, kita kena usaha gigih.. Aku dah beri 100 peratus jalan hidup aku tetapi hasilnya... pedih aku nak rungkaikan... Mungkin kalau dikumpul hutang-hutang aku dulu tu, dah boleh beli tumah banglo sebiji.. tapi apa kan daya..
Aku tak salahkan MLM ni, tapi aku salahkan diri sendiri kerana tidak menyelidik sebelum menghetahui kemampuan diri.. Hidup perlu diteruskan walaupun bahu aku ni dag menggalas bebanan hutang yang menimbun-nimbun..
kepada yang baru kerja tu, anda mesti didekati mereka.. berhati-hati, there is no turning back..
Sekarang aku hanya kerja macam biasa yang penting cukup untuk sebulan pun dah bersyukur...
Cuma kalau masa dapat diputar, tak mungkin aku akan join MLM... Namun, aku terima takdir Allah dengan rela
Sunday, April 18, 2010
Kelebihan dan keburukan: SENG HENG lawan COURTS MAMMOTH
kalau nak beli perkakasan electric lah kan, sini ada beberapa tips yang boleh digunapakai iaitu beza antara courts dan seng heng
Kalau nak beli secara cash, better beli di courts sebab harga yang ditawarkan jauh lebih murah cuma kalau beli secara hutang yang masalah sikit.. Sebabnya di courts, kadar interestnya sangat tinggi iaitu 1.9% permonth, bermakna kalau nak buat hutang selama 10 bulan interestnya dah mencecah 19%, kalau 30 bulan 57%...
Di Seng Heng pula kalau nak buat hutang, buat orang yang tak beruang(hehehe) macam aku, digalakkan buat hutang kat sini sebab interestnya cuma 0.88% sebulan (tak sampai 1% pun)
Cuma di courts mammoth, cara nak mohon lebih mudah, cuma 1 bulan slip gaji sahaja, manakala di Seng Heng perlukan 3 bulan..
Fikir-fikirkan lah, nak buat hutang atau nak beli tunai
Perabot murah di cavenzi
Memang murah sangat.. Tapi kena hati-hati sebab barang yang dipamerkan bila dilihat di dalam suratkhabar nampak macam saiz standard tapi sebenarnya kecil namun, masih sesuai lah untuk orang yang jaga bajet.. Cuma di cavenzi ni ada satu keistimewaan berbanding ditempat lain iaitu anda masih boleh dapat harga tunai walaupun bayar ansuran..
Cuma, satu je lah, barang tu tak boleh diambil dulu sehingga harga barang habis dibayar...
Acik spin meninggal dunia-alfatihah
Beberapa minggu lalu kita baru dikejutkan dengan kematian DIN Beramboi... Semalam kita dengar pula tentang kematian ACHIK SPIN... Tiada apa yang harus dikesalkan, kita yang masih hidup seharusnya mendoakan kesejahteraan beliau di sana... ALFATIHAH
Friday, April 16, 2010
MERTUAku
Selalu orang cakap anggap sahaja mak mertua sama seperti mak sendiri?? Sama kah, sebenarnya aku sudah mencuba dan aku percaya ramai lagi orang yang sudah turut mencuba.. Cuma sejauh manakah mereka berjaya???
Jika di rumah mak sendiri kita mesti berasa sangat bebas dalam melakukan sesuatu perkara tetapi bila di rumah mak mertua mesti banyak perkara yang membuatkan kita berlakon semata-mata.. Palsu dan plastik..
Biasanya aku ni kalau di rumah mak sendiri malam-malam buta pun aku masih mencari makanan.. So satu malam tu aku rasa lapar sangat.. Aku bangun dan tengok memang tak ada apa nak di makan kecuali meggi yang belum dimasak... Dalam hati teringin nak masak meggi tu tapi rasa segan sebab waktu tu jam dah menunjukkan jam 1 pagi.. Semua orang dah tidur..
Bila renung-renung balik, sebenarnya mak mertua tak salah dalam hal ni. yang salahnya kita lah sebab kita yang menganggap diri kita asing di rumah mertua.. Sebenarnya, kalau ikutkan, aku rasa mak mertua kita pun dah anggap kita macam anak dia...
Cuma, yang aku bingung ni, macam mana kita nak buang rasa malu dalam diri dan membuatkan diri kita rasa selesa semaksimas mungkin di rumah mak mertua.. Konflik dalaman betul kan?
Grilled Udang- cara Itali
Grilled Udang
Udang bakar adalah makanan barbecue musim panas yang sempurna dengan rasa Itali.
Untuk 4 orang
Persiapan masa sehingga 30 minit, ditambah 1 jam dalam peti ais untuk rendaman.
Bahan:
20 besar udang. Dimasak atau segar.
8 koktel tomato
1 keringat kuning lada
4 bawang kecil
1 zucchini
1 sudu teh herba Itali kering
Sebuah minyak zaitun yang baik
1 lemon
Garam laut serpih di
Baru saja menggiling lada hitam
BBQ Sticks
Bagaimana:
Potong dari kepala udang. Mereka bilas dengan air sejuk.
Bersihkan peluh lada dan dipotong menjadi 8 bahagian.
Bersihkan zucchini dan iris menjadi hirisan tipis panjang 8.
Bersihkan bawang dan terbahagi menjadi dua bahagian.
Campur dalam mangkuk dengan cairan sebuah: 3 sudu makan minyak zaitun, garam laut, segar grinds lada hitam, air jeruk dari setengah dari kulit Lemon Lemon Lemon setengah, 1 sudu teh herba.
Masukkan semua sayuran dan udang di rendaman. Biarkan mengasinkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais.
Bersihkan tomato.
Potong bahagian lain dari lemon menjadi 4 bahagian.
Mengedarkan sayuran diasinkan, udang, tomato dan lemon di BBQ kayu. Jika anda menggulung zucchini lebih mudah.
Pasang Mereka di panggangan, tidak berhampiran dengan panas, dan grill Tema selama sekitar 3 minit per sisi.
Bila sudah sedia untuk menggiling lada hitam kecil segar dan garam laut di barbekyu setiap kayu dan sajikan segera.
Variasi:
Gunakan cabang tumbuhan rosemary BUKAN barbeque kayu. Ambil dari tumbuh-tumbuhan dan hanya menggunakan cabang itu sendiri. Gunakan ramuan dalam rendaman.
Masukkan bawang putih cengkih split menjadi 4 bahagian dalam rendaman.
Sajikan udang bakar kayu dengan Setiap Cuka Balsamic Itali.
Tambah ikan ke batang lain. Misalnya kubus atau dua ekor ikan tuna segar atau salmon adalah kombinasi sempurna.
Makan sedap tapi diet
Aku memang nak kurus atau pun tough lah tapi tak berjaya sampai sekarang.. dulu masa aku masih jadi student U, berat aku cuma 60 kg, tapi sekarang berat aku dah nak cecah 80 kg dalam masa 5 tahun.. WOW pencapaian yang sangat memuaskan hati...
Sertelah lebih 6 jenama ubat kurus, dan 4 jenis alatan senaman dan tak berjaya... aku nak cuba pulak cara natural
aku ada terdengar member-member kerja aku yang perempuan berbual.. (nak masuk campur macam segan lah pulak).. Mereka cakap minum air banyak-nayak sampai nak terbelahak sebelum makan kemudian baru makan..
lepas tu perut mesti tak larat nak masuk makanan so kita akan makan sikit aja... betul ke? Aku baru nak mula hari ni.. harap-harap berjaya... Dah bosan menjadi gemuk..
4 penjuru: syok
Pertandingan di hulu selangor nampaknya amat menarik perhatian... aku memang suka bab-bab pilihanraya ni.. Lagi sengit lagi bagus.. kalau ikut pendapat aku lah kan, nampaknya semua calon ada kelebihan masing-masing...
Sebagai contoh, macam Dato' zaid tu, dia orang lama dalam politik dan beliau juga telah dinamakan sebagai pengganti ANWAR IBRAHIM... Mestilah kalau diukur dari segi ini, dia nampak berkaliber..
Macam Kalamathan pula, dia seorang muda (BARU 44), ini mungkin dapat menarik perhatian orang muda untuk join dengan dia... Sebab sekarang ni bilangan pengundi berumur muda-muda bertambah ramai... Saingan-saingan...
Dua calon bebas lagi iaitu VS Chandran dan Johan Mohd Diah. aku malas nak komen sangat sebab mereka ialah dikalangan yang kecewa.
Apa-apa pun kita sama-sama tunggu..
Thursday, April 15, 2010
semua bos sama saja-luahan rasa
Aku sebenarnya bukan lah kaki ampu (tapi orang cakap aku ni golden boy).. Walhal sebenarnya, aku cuma buat apa yang patut dan pastinya memastikan aku sentiasa selesa berada di tempat kerja.. AKu sentiasa kerja ikhlas (insyaallah) tapi masalahnya aku sering dianggap sebagai anak manja bagi bos..
Kalau nak ikut kan, bukankah kita memang patut patuh semua kerja yang disuruh. Cuma, kalau ada jalan untuk mengatasinya atau dengan kata lain mengelat@ tuang kerja, itu lebih baik daripada dicerca dan dihina bos betul tak?
Bagi aku semua bos sama saja, kita perlu melayan mereka dengan baik dan kena buat kerja dengan betul. Tapi, bila kerja tak betul pandai-pandailah do something supaya tak obvious kesilapan kita..
Lagi satu, kalau dapat bos baru, cepat2 cepat buat-buat rajin @ betul betul rajin atleast untuk 3 bulan. Next 3 bulan berikutnya slowdown sikit, begitulah seterusnya.. Apabila kita dapat menyelesaikan sesuatu tugasan (buat dengan baik dan sempurna), kita perlu highlight depan mata dia.. Baru kita nampak berkaliber depan mata dia.. Pilih kerja yang menonjol dan kurangkan kerja belakang tabir sebab belakang tabir siapa yang ank nampak kita buat kerja betul tak?
sesekali bolehlah tapi mana boleh tahan kalau orang lain sahaja yang dapat nama atas apa yang kita buat... Hubungan degan teman-teman pun perlulah yang terbaik... Disamping ukhwah dan silatarurahim yang cemerlang, kita juga mudah menerima bantuan apabila kita diperlukan (tapi sendiri pun perlulah ringan tulang membang tu rakan-rakan)
Akhir kata, semua bos sama saja yang penting macam mana kita nak uruskan bos-bos ini... Wassalam
Madu manis tapi... dulu lombok sekarang sumatera
HAHHAHAHAHA.... ni cerita hebat tentang pembantu rumah yang dengar.. Menarik sungguh untuk dibahaskan..
Selalu kita dengar tentang gadis-gaids Malaysia yang berminat untuk berkahwin dengan lelaki ganteng dari LOMBOK.. Sekarang rasakan pula betapa hebat juga wanita daripada seberang dalam mendapatkan lelaki malaysia sebagai suami.
Kebanyakan rumah-rumah di Malaysia sekarang ini dihiasi dengan warna ceria wanita pembantu Indonesia. tetapi yang bestnya tu, ramai juga Majikan lelaki Malaysia yang terpikat dengan pembantu mereka.
Jadi, pesan aku hati-hatilah dalam mengambil pembantu.. Untuk keselamatan, adalah lebih baik wargatua @ senja yang diambil sebagai pembantu barulah keselamatan suami-suami sedikit terjamin... AMIN... Kasihan!
P/S: ada juga wanita2 yang diceraikan sebab suami nak kahwin dengan orang SUMATERA
MUKA KASAR tapi dalam HATI ADA TAMAN... kisah sedih mangsa dera
Memang pedih ulu hati aku bila mendengar tentang nasib yang menimpa Jasmine Lee Swee Hui, mangsa dera yang berusia tiga tahun.. bagi aku mereka ni langsung tidak berhati perut.. Cuma kita rakyat sekeliling pun memang tidak suka ambil pusing pasal jiran tetangga..
Itu yang jadi masalahnya, menurut sumber yang aku dengar, jiran-jiran dah lama dengar bunyi budak menangis iaitu kira-kira sebulan tetapi masing-masing buat bodoh aja sebab taknak mencampuri urusan orang lain..
Selepas budak itu dibawa ke klinik dan meninggal dunia, barulah semua orang terjojol biji mata membaca kisahnya.. Masa mula-mula disiasat didapati terdapat 30 tanda lebam, tapi lepas bedah siasat didapati sebenarnya terdapat 60 (lerbih kesan tersebut)
Walau macamanapun, bukan aku nak kasihan pada bapa tiri budak ni. Cuma, yang aku dengar bapa tiri budak ni dah menganggur 2 bulan.. Mungkin ini menjadi tekanan yang akhirnya anak menjadi mangsa.. Apa apa pun biarlah kes ini disiasat dengan seadil-adilnya....
Jadilah masyarakat penyayang dan prihatin ( bukan menyibuk kalau nak selamatkan orang lain)... Aku sangat sedih walau ganas tapi hati aku ada taman
Wednesday, April 14, 2010
SAMAN! BENCINYA... langkah dapat diskaun
Assalamualaikum (jadi baik sikit sekarang!!)
Aku memang benci bila dapat saman. Aku rasa bukan aku sorang je yang benci dengan saman ni.. Malah jika ditanya pada semua orang di mana-mana pun mesti benci juga. Lebih-lebih lagi kalau kita tahu yang kita dapat saman selepas 2 minggu..
Kalau kat Malaysia pulak sejumlah 2,349,550 daripada 4,379,898 jumlah saman yang dikeluarkan pada 2008 belum dibayar.
Kiranya kita pun dah ingat-ingat lupa tentang apa yang kita buat sehingga kita di saman. Aku ada tips sikit nak bagi kat korang kalau dah kena saman supaya kita dapat diskaun bayar saman.
1. Jangan bayar melalui internet
2. bayar direct ke kaunter saman
3. pakai jangan smart sangat tapi jangan pula sampai tahap selekeh
4. Buat muka sedih, pilu dan hiba
5. Jangan sesekali buat muka ceria.
6. bayar dalam tempoh 1 minggu dan paling lewat sebulan selepas disaman.
7. Insyaallah, anda akan diberi diskaun paling bagus.
Apa-apa pun patuhi jalanraya, utamakan keselamatan anda
Aku memang benci bila dapat saman. Aku rasa bukan aku sorang je yang benci dengan saman ni.. Malah jika ditanya pada semua orang di mana-mana pun mesti benci juga. Lebih-lebih lagi kalau kita tahu yang kita dapat saman selepas 2 minggu..
Kalau kat Malaysia pulak sejumlah 2,349,550 daripada 4,379,898 jumlah saman yang dikeluarkan pada 2008 belum dibayar.
Kiranya kita pun dah ingat-ingat lupa tentang apa yang kita buat sehingga kita di saman. Aku ada tips sikit nak bagi kat korang kalau dah kena saman supaya kita dapat diskaun bayar saman.
1. Jangan bayar melalui internet
2. bayar direct ke kaunter saman
3. pakai jangan smart sangat tapi jangan pula sampai tahap selekeh
4. Buat muka sedih, pilu dan hiba
5. Jangan sesekali buat muka ceria.
6. bayar dalam tempoh 1 minggu dan paling lewat sebulan selepas disaman.
7. Insyaallah, anda akan diberi diskaun paling bagus.
Apa-apa pun patuhi jalanraya, utamakan keselamatan anda
Dah terjawab dah siapa calon BN-MIC Hulu Selangor...
Akhirnya dah tahu pun siapa yang akan bertanding kat H.Selangor... Memang gempaq jugalah tetiba nama dia yang naik.. Tapi itu semua masih dalam tandatanya??? Kalamathan.... Itu lah namanya... Harap2 dia ini calon berwibawa.. jangan sampai harapan tinggal harapan pula
Calon BN Hulu Selangor: Antara G Palanivel atau V Mugilan
Siapa lah agaknya... MIC mendesak semoga PALANIVEL dijadikan calon.. Tapi, malanngnya, menurut kajian Khairy, area tu nak orang muda.. Aku memang tak tahu nak jawab macamana benda ni
Tapi pada pendapat peribadi akulah, lebih baik MIC calonkan yang lebih muda... Baru fresh dan seronok mata memandang.. Aku pasti saingan lebih baik jika orang muda yang menjadi calon..
Apa-apa pun macam yang aku dah komen sebelum ni, biarlah saingan nya sengit baru YB yang dipilih nanti buat kerja.
yang penting RAKYAT mesti come 1st...
Kasihan pada Iran... Apa tindakan kita??
Aku dengar-dengar ura-ura nak menyekat ekonomi Iran bakal menjadi kenyataan.. Aku betul-betul jadi angin satu badan... Selalu sangat negara-negara ISLAM ditindas dengan jayanya tanpa pembelaan yang sewajarnya
Walaupun negara IRAN tu syiah, tapi sepatutnya kita harus tetap bersatu sebab dah namanya pun ISLAM kan? Tapi, nampak gaya makin besar kemungkinan Iran akan disekat.
Sebelum ini memanglah si CHINA membantah, namun sekarang negara tersebut turut sama menyokong untuk menyekat negara IRAN..
Bukan setakat disekat ketenteraan IRAN sahaja, malah ynag turut disekat ialah kewangan... Kalau wang pun dah disekat, maka pasti kebuluran akan melanda.
Malaysia join OIC, tapi sampai sekarang aku tak nampak langsung fungsi OIC. sepatutnya OIC ambil tindakan wajar untuk menghalang penyekatan ini.. OIC pun ada silapnya, semua negara masih memikirkan negara sendiri aja. So, bila tak ada kesatuan yang sebenar, semua orang buli kita.
Teringat pula satu quote, sebatang lidi mudah dipatahkan, tapi kalau seberkas lidi confirm susah...
ARSENAL kalah dengan pasukan kerdil: PADAN MUKA...
Macam nak rak aku gelak bila Arsenal dapat ditewaskan oleh pasukan yang tak berapa nak dapat perhatian umum, hotspur..
Nampaknya, makin jauhlah dia nak mencapai mahkota LIGA... Ramalan aku tahun ini mesti Chelsea yang dapat jadi juara... Ya lah, kalau nak ikutkan perkiraan aku, jauh katakanlah Chelsea kalah lepas ni, Chelsea masih ada 1 extra mata, tapi takkanlah dia kalah... Paling teruk pun seri... Jadi, memang dah confirm lah si Chelsea ni jadi juara LIGA
ARSENAL, kau makin jauh lah... GELAK BESAR
TINGKAH LAKU YANG DIBENCI
Aku memang betul-betul tak suka orang yang hipokrit... menunjuk baik tapi sebenarnya nothing..
Bab tempat kerja aku, ada satu orang mamat ni suka sangat nak komplen pasal hal orang lain sedang kan dia sendiri tak berapa nak buat kerja dan selalu sangat bersikap mementingkan diri sendiri
labih menggeramkan aku siap jadi badut depan bos sebab nak angin-anginkan punggung bos tu.. Aku rasa aku kena juga bertindak licik supaya bos nampak kerenah dia tu tyang sebenarnya MEMANG PEMALAS... bermuka-muka je lebih..
STRATEGI
AKU nak aturkan pertemuan dengan beberapa orang rakan sejawat yang bersekongkol dengan aku dan bersemuka dengan bos untuk bagitau betapa dasyatnya keterukan orang macam ni.. cuma kena take time sikit kot... Harapan aku mereka akan sehaluan dengan aku untuk membuka pekung mamat ni..
Semua mesti doakan aku tau
Bab tempat kerja aku, ada satu orang mamat ni suka sangat nak komplen pasal hal orang lain sedang kan dia sendiri tak berapa nak buat kerja dan selalu sangat bersikap mementingkan diri sendiri
labih menggeramkan aku siap jadi badut depan bos sebab nak angin-anginkan punggung bos tu.. Aku rasa aku kena juga bertindak licik supaya bos nampak kerenah dia tu tyang sebenarnya MEMANG PEMALAS... bermuka-muka je lebih..
STRATEGI
AKU nak aturkan pertemuan dengan beberapa orang rakan sejawat yang bersekongkol dengan aku dan bersemuka dengan bos untuk bagitau betapa dasyatnya keterukan orang macam ni.. cuma kena take time sikit kot... Harapan aku mereka akan sehaluan dengan aku untuk membuka pekung mamat ni..
Semua mesti doakan aku tau
resipi sihat-sphegeti
Jangan malu-malu, memang sedap
# Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
# Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
# Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
# Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
# Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
# Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
# Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
# Mesti dihidang terus, panas-panas.
# Tips : Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.
ISA SAMAD dah kawin dah
Tahniah aku ucapkan kepada TAN SRI ISA SAMAD kerana dah kawin dengan cik BIBI. semoga bahagia ke akhir hayat dan mendapat anak yang ramai.... OOPSS... Insyaallah.. Aku doakan kebahagiannya sentiasa
Siapa calon di Hulu Selangor??
Keliru and confuse, siapa agaknya calonnya... Dari PKR nampaknya dah confirm dah iaitu datuk zaid ibrahim... dari bn dah confirm partinya iaitu dari MIC. Cuma calonnya je siapa
Yang pasti saingan mesti sengit... daripada MIC ramai juga ramalan yang akan menjadi calon antaranya ialah naib pengerusi MIC Hulu Selangor K Balasundram, setiausaha agung MIC S Murugesan, ketua Pemuda MIC bahagian itu V Mugilan, ahli jawatankuasa MIC Hulu Selangor, K Arunasalam, ketua penerangan MIC kebangsaan P Kamalanathan dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.
Tapi aku rasa-rasa lah palaniveil calon paling sesuai.... tapi mungkin calon baru pun sesuai jugak.,.. aku suka lah tengok saingan yang sengit... baru lah nak buat kerja sungguh2... betul tak??? Biarkan lah labu
Tuesday, April 13, 2010
ISRAEL: ada ke kat malaysia??
Terkejut beruk kita semua bila ada makluman mengatakan Israel masuk ke bumi Malaysia tercinta... Nampak gaya macam tak betul dan kadangkala nampak betul... Sebab utama aku cakap macam ini ialah:
Dulu bising-bising kat internet cakap Pihak A ni adalah egen ISRAEL. Now, pihak A ni tuduh sistem kita terdapat warga ISRAEL yang menyelinap masuk.
Kita janganlah tuduh menuduh.. tetapi kalau benda tu benar-benar terjadi, tindakan segera harus diambil.
Berhati-hati okay tapi jangan sampai menjadi fitnah pula.Kalau ada bukti kemukakan segera.
Dulu bising-bising kat internet cakap Pihak A ni adalah egen ISRAEL. Now, pihak A ni tuduh sistem kita terdapat warga ISRAEL yang menyelinap masuk.
Kita janganlah tuduh menuduh.. tetapi kalau benda tu benar-benar terjadi, tindakan segera harus diambil.
Berhati-hati okay tapi jangan sampai menjadi fitnah pula.Kalau ada bukti kemukakan segera.
Chelsea vs m.united,.... kah kah kah malaysia
WAHHH Chelsea menang lagi... sekarang beza mata dengan M.U dah jadik 4 mata... confirm MU tak dapat jadi juara liga tahun ni...
mesti pedihkan peminat kat malaysia.. tapi itulah... harapan aku lepas ni kita minat je bola sepak malaysia (percayalah!!)
malaysia kali ni dengar-dengar nak hantar training kat luar negara iaitu EVERTON.. RM10 juta diperuntukkan dan mereka bertolak malam ni...
Dulu memang dah hantar kan tapi nampak sangat kan impak dia... hmmm teruskanlah usaha, insyaallah berjaya
akhir kata, wakakakaka
mesti pedihkan peminat kat malaysia.. tapi itulah... harapan aku lepas ni kita minat je bola sepak malaysia (percayalah!!)
malaysia kali ni dengar-dengar nak hantar training kat luar negara iaitu EVERTON.. RM10 juta diperuntukkan dan mereka bertolak malam ni...
Dulu memang dah hantar kan tapi nampak sangat kan impak dia... hmmm teruskanlah usaha, insyaallah berjaya
akhir kata, wakakakaka
do you think you can dance !
Best gila weih! ada kat channel 701 setiap hari selasa jam 9-11 mlm..
aku memang layan.. cuma dulu masa buat versi malaysia aku tak sempat nak ambik tahu...
bilalah agaknya tv8 nak buat balik rancangan ni... suka gila.. tapi aku bukannya pandai menari tapi suka tengok orang menari... baik untuk kesihatan...
cuma kalau di malaysia, mesti ramai yang gitu-gitu masuk rancangan ni (i guess), aku tak descrimanate orang cuma jadi lah diri yang ASAL bila menari tu
barulah kita dihormati... INSYAALLAH
HINI menular semula....
Aku memang tak suka bila dengar HINI meningkat semula... Tapi itu hakikatnya...
Kuncinya kat sini cuma satu iaitu kebersihan.. Tadi aku pergi ke kedai makan, aku tengok ada mamat tu dengan selambanya makan nasi tanpa membasuh tangan... tak silap akulah, kat tv, radio, suratkhabar semua dah bagitau macamana cara-cara nak elak penyakit ni. tapi ada juga yang masih buat bododh.. tak faham betul aku...
Pakaian smart tapi pengotor... Harapan aku agar kita semua menjaga kebersihan untuk elak penyakit ni. Bagi aku, penyakit ini ialah untuk orang yang kurang jaga kebersihan... Jadi ambil lah langkah sewajarnya untuk mengelakkan penyakit ini berterusan... AMIN....
BERUSAHA SAMA -SAMA TAU
Kuncinya kat sini cuma satu iaitu kebersihan.. Tadi aku pergi ke kedai makan, aku tengok ada mamat tu dengan selambanya makan nasi tanpa membasuh tangan... tak silap akulah, kat tv, radio, suratkhabar semua dah bagitau macamana cara-cara nak elak penyakit ni. tapi ada juga yang masih buat bododh.. tak faham betul aku...
Pakaian smart tapi pengotor... Harapan aku agar kita semua menjaga kebersihan untuk elak penyakit ni. Bagi aku, penyakit ini ialah untuk orang yang kurang jaga kebersihan... Jadi ambil lah langkah sewajarnya untuk mengelakkan penyakit ini berterusan... AMIN....
BERUSAHA SAMA -SAMA TAU
Bola sepak: wajarkah berpaling arah ke akademi fantasia
Bagi aku simple je. Bola sepak memang sesuatu yang menyeronokkan tetapi bila aku tengok perlawanan akhir PIALA FA baru-baru ini aku sangatlah terharu dan rasa seronok sangat (GURAU JE). mana taknya, selalu kalau ada bola sepak di tv, aku pasti siaran ASTRO di rumah aku tu mesti tak berganjak ke channel lain, tapi hari tu aku siap suruh keluarga aku alih ke ke channel astro ria sebab ada akademi fantasia. Lebih mendebarkan dan mencemaskan...
Bolehlah nampak juga perkembangan bakat bebudak AF8 tu... Bila tengok bola sepak FINAL PIALA FA tu macam tengok candid camera @ senario pula... kalau nak gelakkan perut mesti pergi tengok bola sepak malaysia... Lawak gila dan menghibur
Malam sabtu tu, aku nak lebih serius sikit, jadi aku pun buat keputusan untuk tengok AF8 yang lebih matang dan mendebarkan... Cuma kecewa sikit bila Aliff diumumkan terkeluar...
TEMPOH BERKABUNG-selepas kematian ahli parlimen @ adun
Sepatutnya SPR kena tetapkan tempoh berkabung selepas kematian seseorang ADUN @ ahli parlimen. Sekarang ni, bila ahli parlimen @ adun meninggal dunia, semua parti politik terus sibuk membincangkan tentang calon yang mesti diletakkan. Macam tidak menghormati langsung si mati. Come on lah, malaysia kan negara yang sepatutnya berbudi pekerti dan penyayang.. Kalau macam ini gayanya, seolah-olah semua orang hanya tahu nak kuasa sahaja. Janganlah jadi macam ini... Timbang-timbangkan lah pendapat aku ini
Siti Nurhaliza menang lagi
Siti Nurhaliza... Lepas 4 tahun dah tak merasa Bintang Paling Popular, kali ini dia menang lagi... Jangan takut semua sebab next year dia dah tak bertanding... Insyaallah, muka baru akan menghiasi kategori tersebut. Aku harap semua orang pun bersikap terbuka dalam hal ini. Dia memang layak menang setiap tahun, tapi bagi aku, keputusan yang Siti buat ni memang bijak sebab bila dia tarik diri, barulah terbuka semula peluang artis lain untuk jadi glamer dan seterusnya menyemarakkan semula industri hiburan tanah air...
Hulu Selangor Bermula semula
Aku memang tak tau macam mana agaknya keadaan Hulu Selangor. Bagi aku sesiapa yang pegang kawasan ni nanti seharusnya jujur dengan semua rakyat... Secara peribadi, aku lebih suka kalau penduduk di sini melihat kepada calon yang bertanding samaada berkaliber atau tidak. Sebab memang sudah terang lagikan bersuluh, kalau undi dibuang kerana parti, takut-takut agenda kepentingan penduduk takkan kesampaian... Harapan dan doa aku, moga kawasan ni menjadi milik kepada mereka yang jujur.. Hopefully lah... Malaysia akan menjadi tempat terbaik untuk kita hidup bersama ....
Subscribe to:
Posts (Atom)