SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Thursday, April 15, 2010

semua bos sama saja-luahan rasa


Aku sebenarnya bukan lah kaki ampu (tapi orang cakap aku ni golden boy).. Walhal sebenarnya, aku cuma buat apa yang patut dan pastinya memastikan aku sentiasa selesa berada di tempat kerja.. AKu sentiasa kerja ikhlas (insyaallah) tapi masalahnya aku sering dianggap sebagai anak manja bagi bos..


Kalau nak ikut kan, bukankah kita memang patut patuh semua kerja yang disuruh. Cuma, kalau ada jalan untuk mengatasinya atau dengan kata lain mengelat@ tuang kerja, itu lebih baik daripada dicerca dan dihina bos betul tak?

Bagi aku semua bos sama saja, kita perlu melayan mereka dengan baik dan kena buat kerja dengan betul. Tapi, bila kerja tak betul pandai-pandailah do something supaya tak obvious kesilapan kita..

Lagi satu, kalau dapat bos baru, cepat2 cepat buat-buat rajin @ betul betul rajin atleast untuk 3 bulan. Next 3 bulan berikutnya slowdown sikit, begitulah seterusnya.. Apabila kita dapat menyelesaikan sesuatu tugasan (buat dengan baik dan sempurna), kita perlu highlight depan mata dia.. Baru kita nampak berkaliber depan mata dia.. Pilih kerja yang menonjol dan kurangkan kerja belakang tabir sebab belakang tabir siapa yang ank nampak kita buat kerja betul tak?

sesekali bolehlah tapi mana boleh tahan kalau orang lain sahaja yang dapat nama atas apa yang kita buat... Hubungan degan teman-teman pun perlulah yang terbaik... Disamping ukhwah dan silatarurahim yang cemerlang, kita juga mudah menerima bantuan apabila kita diperlukan (tapi sendiri pun perlulah ringan tulang membang tu rakan-rakan)

Akhir kata, semua bos sama saja yang penting macam mana kita nak uruskan bos-bos ini... Wassalam

1 comment:

  1. Golden Boy... 1st time dengar.... Selalu org bukan "Blue Eyes Boy..." Whatever la... agreed with U

    ReplyDelete