SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Wednesday, April 14, 2010

SAMAN! BENCINYA... langkah dapat diskaun

Assalamualaikum (jadi baik sikit sekarang!!)

Aku memang benci bila dapat saman. Aku rasa bukan aku sorang je yang benci dengan saman ni.. Malah jika ditanya pada semua orang di mana-mana pun mesti benci juga. Lebih-lebih lagi kalau kita tahu yang kita dapat saman selepas 2 minggu..

Kalau kat Malaysia pulak sejumlah 2,349,550 daripada 4,379,898 jumlah saman yang dikeluarkan pada 2008 belum dibayar.



Kiranya kita pun dah ingat-ingat lupa tentang apa yang kita buat sehingga kita di saman. Aku ada tips sikit nak bagi kat korang kalau dah kena saman supaya kita dapat diskaun bayar saman.

1. Jangan bayar melalui internet
2. bayar direct ke kaunter saman
3. pakai jangan smart sangat tapi jangan pula sampai tahap selekeh
4. Buat muka sedih, pilu dan hiba
5. Jangan sesekali buat muka ceria.
6. bayar dalam tempoh 1 minggu dan paling lewat sebulan selepas disaman.
7. Insyaallah, anda akan diberi diskaun paling bagus.



Apa-apa pun patuhi jalanraya, utamakan keselamatan anda

1 comment:

  1. Salam Azman :) terima kasih kerana sudi singgah blog akak. Jemputlah datang lagi yer.

    Terima kasih atas tip bayar saman tu. Akak dah 2 tahun tak kena saman. Cui cui cui, dijauhkan lah hendak nyer. Kekadang macam "Eh! masa bila aku bawak laju, rasa nyer memandu dengan penuh berhemah dah" ... ece ce ceh ;)

    ReplyDelete