SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI
SELAMAT DATANG
TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS
Friday, April 16, 2010
MERTUAku
Selalu orang cakap anggap sahaja mak mertua sama seperti mak sendiri?? Sama kah, sebenarnya aku sudah mencuba dan aku percaya ramai lagi orang yang sudah turut mencuba.. Cuma sejauh manakah mereka berjaya???
Jika di rumah mak sendiri kita mesti berasa sangat bebas dalam melakukan sesuatu perkara tetapi bila di rumah mak mertua mesti banyak perkara yang membuatkan kita berlakon semata-mata.. Palsu dan plastik..
Biasanya aku ni kalau di rumah mak sendiri malam-malam buta pun aku masih mencari makanan.. So satu malam tu aku rasa lapar sangat.. Aku bangun dan tengok memang tak ada apa nak di makan kecuali meggi yang belum dimasak... Dalam hati teringin nak masak meggi tu tapi rasa segan sebab waktu tu jam dah menunjukkan jam 1 pagi.. Semua orang dah tidur..
Bila renung-renung balik, sebenarnya mak mertua tak salah dalam hal ni. yang salahnya kita lah sebab kita yang menganggap diri kita asing di rumah mertua.. Sebenarnya, kalau ikutkan, aku rasa mak mertua kita pun dah anggap kita macam anak dia...
Cuma, yang aku bingung ni, macam mana kita nak buang rasa malu dalam diri dan membuatkan diri kita rasa selesa semaksimas mungkin di rumah mak mertua.. Konflik dalaman betul kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hi azman,good issue. tp sy tak rase boleh anggap sahaja mak mertua sama seperti mak sendiri.there's a gap. event masa arwah mak mentua ade pun sy tak penah tido umah PIL except masa wedding day & pantang. ketidakselesaan itu ada
ReplyDeleteHaih..ko kan dalam hati ada taman...
ReplyDeletepatutnyer ko masak jer maggi tu..nanti kalau mak mentua ko terjaga bangun tanya..ko ajak skali makan..buat lebih sket maggi tu :))
apa pun itulah yang kurasa
ReplyDeleteSalam Azman. Isu menarik. Rasa saya itu lah kuality sopan santun. Walaupun dirumah mertua, tak bererti kita boleh lantak je seperti rumah Mak sendiri....
ReplyDelete