SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI
SELAMAT DATANG
TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS
Thursday, April 15, 2010
MUKA KASAR tapi dalam HATI ADA TAMAN... kisah sedih mangsa dera
Memang pedih ulu hati aku bila mendengar tentang nasib yang menimpa Jasmine Lee Swee Hui, mangsa dera yang berusia tiga tahun.. bagi aku mereka ni langsung tidak berhati perut.. Cuma kita rakyat sekeliling pun memang tidak suka ambil pusing pasal jiran tetangga..
Itu yang jadi masalahnya, menurut sumber yang aku dengar, jiran-jiran dah lama dengar bunyi budak menangis iaitu kira-kira sebulan tetapi masing-masing buat bodoh aja sebab taknak mencampuri urusan orang lain..
Selepas budak itu dibawa ke klinik dan meninggal dunia, barulah semua orang terjojol biji mata membaca kisahnya.. Masa mula-mula disiasat didapati terdapat 30 tanda lebam, tapi lepas bedah siasat didapati sebenarnya terdapat 60 (lerbih kesan tersebut)
Walau macamanapun, bukan aku nak kasihan pada bapa tiri budak ni. Cuma, yang aku dengar bapa tiri budak ni dah menganggur 2 bulan.. Mungkin ini menjadi tekanan yang akhirnya anak menjadi mangsa.. Apa apa pun biarlah kes ini disiasat dengan seadil-adilnya....
Jadilah masyarakat penyayang dan prihatin ( bukan menyibuk kalau nak selamatkan orang lain)... Aku sangat sedih walau ganas tapi hati aku ada taman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sadis betul la...
ReplyDeleteAperlar yang dier pikir kan maser dera anak tiri dier...
Penyakit mental skang menjadi2 plak..