SEGALA YANG AKU TULIS DI SINI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU. JANGAN DIPUTARKAN.. SEGALA RESPOND KEPADA BLOG INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI

SELAMAT DATANG

TERUSKAN MELEKAT! HARI-HARI MAU SENSASI DAN KEBENARAN UNTUK MALAYSIA SECARA JUJUR DAN IKHLAS

Tuesday, November 29, 2011

mrsm...

Mengantuk sangat malam ni tapi sempat nak post sesuatu. Tadi aku pi ke pejabat giat mara sebab nak dapatkan borang mrsm adik ipar aku. Bengan jgak dengan kerani yang kerja kat situ. Aku dahlah datang dari jauh, dimintaknya macam2. Susah gila... nak uruskan... mintak surat beranaj... dah amik nak ic plak. Ishk ishk.... banyak kerenah lah lu minah.

Monday, November 28, 2011

johan raja lawak vs ogy ahmad daud

Entahkah, agaknya dah jadik trend zaman skarang kot kat malaysia ni. Suka nak buat koje menghina orang. Please lah. Kat maharaja lawak mega hari tu siot je si adlin ngutuk bapak sendiri. Ni johan plak sesedap rasa je nak menghina artis berumur. Tambah kritikal nila dia mainkan tahun gajah. Kot yer pun nak buat lawak berpada pada lah kan. Ni kisah nabi pun nak dijadikannya kjoke. Ishkk tak paham betul lah. Apa pun, kohan harus meminta maaf secara terbuka dan bertaubat. Pada kak ogy buatlah pertimbangan sewajarnya. Rasanya baiklah kak ogy bagi peluang kedua kepada johan.

Benda ni memang bukan perkara main2. So seharusnya diambil berat oleh semua pihak.... semoga semua akanmengambil pengajaran daripada ap@ yang terjadi.ni...

Sunday, November 27, 2011

adegan aneh di kolam renang 18 +

Tadi aku ke water theme park somewhere in johore. Punyalah ramai orang sampai takder port nak landing bersama keluarga tercinta. Best nya theme park ini sebab ada dua area... yang mana area dewasa memangkah besar dan dalam (bagi org yang tak mahir berenang kenalah beware selalu). But itu bukanlah benda yang aku nak citer...

Ceritanya cenggini, tengah aku mandi manda bersama sedara mara, aku perati lah ada satu keluarga ni baru sampai. Quite big family di mana ada 3 lelaki dewasa+ 3 perempuan dewasa dan beberapa orang kanak2. Yang x bestnya ialah ada satu mamat ni memnag kategori bongok.. dia pakai underwear jer... bingaikan. Aku ingatkan dia akan tukar seluar lain. No!!! Dia hanya pakai itu sahaja. Warna kelabu.. yang tak best tu bila mandi mandi nampak lah segala benda di dalamnya. Suwei mata aku jer.. taklah lkisah sangat kan sebab aku dah dewasa dan sama jantina. Tapi yang tak bestnya bebudak dan perempuan yang tengok tu... seriusly aku yang malu..

Peringatan ok, please wear proper wear bila mandi kat public area.... cis cis cis. Stupid idiot baghal.. buat malu kaum lelaki jerr.

Saturday, November 26, 2011

pagi yang hening bersama azam baru

Assalamualaikum... apa khabar semua.. moga sihat lah ye. Hmm sambil menghirup udara segar di pagi awal tahun nie apa yang anda semua ingin lakukan. Hari ni aku nak cuba jadik insan cemerlenag bak kat fadzilah kamsah. Boleh ker... insyaalah dengan bantuan daripada allah semua akan menjadi kenyataan. Perkara pertama yang aku nak baiki ialah dari segi sembahyang. Aku nak cuba untuk sembahyang di awal waktu... mampukah? Cuba!! there is inner strength in me i believe. Tapi tu lah yang x syoknya. Tadi sembahyang subuh pun dan taraf sembahyang subuh gajah jerrr.... takper cuba untuk zuhur plak. Bak kata pak pandir.. give chance to yourself. And im trying...

salam maal hijrah.... 1433h

Assalamualaikum... di sempena tahun baru ni saya berdoa semoga kita semua sentiasa dilindungi allah s.w.t. dari segala malapetaka dan bencana. Semoga hidup kita di tahun ini lebih baik daripada tahun tahun seblumnya... aminn... pst nak kurangkan cakap lepas tahun ni. Insyaallah.

Thursday, November 24, 2011

ejaan banyak salah

Maaf lah semua taip nak cepat tu yang banyak salah... lagipun sebenarnya aku tak perlu lah nak mintak maaf ni kan blog aku suka hati lah ka huhuju

jiwa tak tenteram? ngengada

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Aku sebenarnya nak sangt cakap pasal seorang yang suka nak glam tak tentu pasal. Ko paham tak maksudnya... Mcm ni yer adik adik... satu hal plak kalau dalam meeting apa apa pun, suka sangat nak bercakap sesuatu.lebih lebih lagi bila pengerusi majlis cakap now open for any matter. Hey, benda yang keluar dari mulut ko semua benda tak der kena mengena. Meeting pasal ISO Ko cakap pasal bila nak buat.keceriaan. bemda tu pun bukan bawah ko. Hallo wake up lah. Ni tak, asyik engaged je. Tu yang jadik mcm tu.... bestnya mengarut... hahahahahahahhahahahahahahahahhahahah

Wednesday, November 23, 2011

siti nurhaliza lawaklah jadi juri maharaja lawak mega... and adlin so pitty...

Entahlah... aku malas sebenarnya nak cakap pasal benda ni tapi nampaknya macam kena cakap jugaklah. Yelah, mana tak nya si minah tudung separuh ni macam pelix sangat nak mengomen tentang raja lawak. Bagi aku nengok si siti kesayangan ramai ni yang lebih nampak macam badut berbandung peserta maharaja lawak. Dah takder job kot sampai sanggup nak amik jawatan juri diluar bidang. Komen semuanya posituf je walaupun kadang-kadang dah jelas memang tak lawak. Ini menjadikan siti nurhaliza diva lawak. Atau lebih tepat diva badut. Hahaha....

Satu lagi aku suka lah kalau nak komen mengenai adlin aman ramli... aku nengok sadis... kesian ada tapi aku leboh nak tutup tv lah. Macam macam hal lah ko... beberapa minggu ni asyik sibuk nak jadik bapok je. Sedihhhh sangat... tu lah masa mengomen oghang lupa daratan... skatang kesian tengok ko mcm orang dah tak der martabat memperbodohkan diri sendiri. Aku rasa adlin better tarik diri dari pertandingan tersebut.. sebelum ko nampak lebih teruk.

malaysia kalah 2-0 dengan syria.. tapi x per...

Malaysia kaah dengan syria.. aku memang sedih lah. Tapi yang penting malaysia menang lawan indonesia. Lagipun kesian gak dgn rimau muda ni. Baru penat terus sambung main lagi. Kalau kita tengok perlawanan antara syria dgn malaysia tu, kita tengok malaysia bukannya tak melawan cuma mungkin dah takde rezeki. Apa pun, aku akan tetap menyokong malaysia. Go malaysia go...

Tuesday, June 21, 2011

shhhh

Lama x menulis sbb sibuk. Insyaallah akan mula update next week tq guys

Saturday, May 7, 2011

Cerita seram dariku.. (seram tak?).... betul-betul seram


Kisah ini berlaku kira-kira ketika usiaku menginjak 10 tahun.. iaitu 21 tahun yang lalu.. Waktu tu, ayah tak ada kereta.. Yang ada hanyalah motor buruk Yamaha merah( tak tau model apa)...

Satu hari ayahku mengajakku balik ke kampung kerana katanya ada kenduri arwah.. Kami tinggal di johor bahru dan kampungku terletak di pontian johor... perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam setengah.. Waktu bertolak kira-kira jam 6.45 petang...

Kampungku tu bolehlah dikatakan sebagai sangat ceruk.. jalan kecil yang hanya boleh membuatkan satu kenderaan sahaja. Waktu kami sampai ke jalan luar kampungku itu kira-kira jam 7.45 malam. Maghrib... Aku memang gerun sikit tengok suasana jalan.. sebabnya kiri kanan jalan puncak pokoknya hampir bertemu ditengah... menambahkan lagi suasana suram di jalan itu... Menambahkan keseraman hujan renyai-renyai mula membasahi badan kami..

Di dalam perjalanan, tetiba ada satu perempuan menahan perjalanan kami.. Mukanya hampir tertutup dengan selendang putih yang dipakai.. Aku berasa seram sejuk. Tapi yang bestynya bapak aku boleh pulak berhenti.. Dan perempuan tu duduk membonceng di belakangku menjadikan aku duduk di antara perempuan tu dan ayahku.. Aku baca surah alfatihah sebab rasa sejuk semacam je..

Sesampai di rumah nenekku.... Mereka menyambut perempuan tua itu dengan senyuman mesra... Aku tergamam... Rupa-rupanya perempuan itu adalah saudara nenekku yang ingin menghadiri kenduri tadi... SERAM KAN??? Ini memang pengalaman benar yang membuatkan ku ketawa selalu... PEACE....

Kisah seram lain, KLIK sini:- naser.com

Friday, May 6, 2011

Carta maharaja lawak menurut pandangan aku ( minggu ke 6)


1. Jambu
2. Sepah
3. Nabil
4. Jozan
5. Man
6. Amir

Jambu the best dari segi lawak kerana membuat kan aku gelak tak henti-henti manakala Amir menyebabkan aku macam segan nak tengok tv sebab lawak muka merah (buat lawak bagai nak rak akhirnya ketawa sendiri... penonton pulak macam library dah jadinya...

nak tengok video maharaja lawak minggu ke 6: KLIK SINI

Jururawat : oh kenapa kau begitu pemalas


Bila baca jer tajuk ni mesti korang ingat aku nak kutuk misi-misi ni.. sorry eh joyah, aku tak ada niat nak mengutuk mereka memandangkan layanan tahap sempurna gaban yang mereka berikan ketika isteriku ku melahirkan anak dulu... Punyalah baik walaupun spital kerajaan jer... cuma satu ni jer yang terkecuali

Itu bukan topiknya, apa yang nak aku nyatakan di sini ialah mengenai satu situasi di sebuah hospital ni... Korang tau tak bahawasanya kat hospital ni ada macam-macam level jururawat yang bekerja siang dan malam bertungkus lumus menjaga pesakit?? hah tak tau kan?? aku pun tak berapa tahu (lawak ulangan, kelakar tak??)

tapi adalah satu nurse yang dikenali sebagai sister ni bekerja siang dan malam (nampak macam nak puji tapii...) ye siang malam MEMBUTA maksudnya taknak buat kerja.... binawe.. kerjanya pergi ker hospital lepas tu lepak2. kemudian lepas tu tak naik ward. mentang-mentanglah dia ni berjawatan sister punyalah haprak mengarahkan staff nurse jer kerjanya... last2 staft nurse kena buat kerja.. Badigol sood betul.. Patutnya kan dia yang patut lebih kerja sebab ya lah staff nurse tak lah berpengalaman macam dia.. Atau aku suspect sebenarnya dia ni tak kerja selama ni sebab tu tak tau nak buat kerja.. PEMALAS...

Hmmm.. aku mcm pelik je nak komen pasal jururawat tapi aku luahkan ni sebab kesian kat jururawat bawahan ni yang menjadi kuli batak sister longkang tu..

Monday, May 2, 2011

Osama Laden mati



Aku tak tahu sama ada nak bersedih atau gembira... Aku sedih sebab saudara sesama ISLAM dibunuh oleh Regim setan tapi dalam masa yang sama gembira juga sebab OSAMA dah terlalu banyak melakukan kekejaman. Cuma cara pengendalian mayat amat menyayat hati kerana tidak menghormati saudara kita itu.. cara persemadian melalui campak ke laut.. Biarlah OSama dikebumikan secara terhormat...

APApun semoga dia dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sunday, April 24, 2011

AF: Bila hazama dimasukkan semula

Aku memang minat gila dengan suara HAZAMA ni. Mantap beb... Mesti jatuhtergolek bebudak AF lain dengan kemerduan vokal yang ditonjolkan oleh saudara HAZAMA.
Tapi, ada jugak yang tak setuju dan katanya tidak adil bagi plejar-pelajar yang lain kerana HAZAMA sudah bergelar artis... Sapa kata tak adil... Bukankah sebelum ini ada juga artis yang telah measuk ke AF.. Malah ada album pulak tu... So setakat hazama yang hanya menjadi artis undangan kepada kumpulan MUH, nothing lah... So good luck for HAZAMA and please gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.....

Wednesday, April 20, 2011

Dalam toilet punya cerita... mencabar minda dan emosi


Pernah tak korang pergi mana2 toilet awam (soalan buduh kan???) HMM tapi pernahkah anda menghadapi situasi seperti situasi yang ingin dipaparkan disini. Ada satu kali tu, aku kena ke sebuah tempat kursus(bersebelahan tempat kerja bini aku).. waktu tu, aku perlu melepaskan sesuatu yang berat terkandung di dalam perutku... aku pun terkocoh-kocohlah macam tak menyempat nak masuk ke dalam mahligai tersebut.. tandas nya wangi membangkitkan selera untuk membuang benda tutttt..

Fuhhh lega rasanya... aku pun nak menceb**, buka lah pili air... ALAMAK??? tiada air? apa nak buat? Hmmm aku tengok kiri kanan dan baldi semua empty (kosong=takut ada yang tak paham)... amacam ni.. aku buka pintu (sambil duduk sebab tandas duduk), cuba melihat dari celah pintu... No body out there... Wutt to do...? Dari celah pintu aku nampak ada kain lap diluar (macam sesuai hatiku berkata)... muka mula dah berpeluh2 takut kantoi.. slowly aku pun keluar (dalam keadaan yang seperti itu)... bila tangan aku mencecah je pada kain buruk, burrrr air keluar dari paip tadi dan aku dapat dengar suara orang on the way datang... lekas-lekas aku masuk balik dalam toilet tadi dan membasuh apa yang patut dengan sebersih-bersihnya... FUHHH LEGA... keluar buat muka selamba sambil senyum2 pada mamat dua orang yang kat luar (apa benda punya orang lah hisap rokok dalam toilet, kdg2 aku buat gak)... begitulah kisah yang sangat mencabar luar dan dalam..

Saturday, April 16, 2011

Akademi fantasia: apa apa je kejutannya..


Malam tadi aku tengok AF sambil menonton siaran langsung pengumuman pilihanraya sarawak. Pasal AF ni mengarut kejutannya. Bagi aku kalau dah cakap setuju nak gugurkan pelajar, gugurkan je lah.. nak tunggu apa lagi.. bagi aku KAY (adik didie AF4) wajar digugurkan...

Dalam banyak calon yang nak dimasukkan pulak, aku rasa yang benar-benar layak masuk cuma HAZAMA je.. yang lain tu hampeh termasuk adik AIDA (MENJERIT JE KERJANYA).. suara sengau... Hidup hazama... dia best dan bagi aku dia akan jadi penyelamat AF9... Wassalam

BN menang Besar: sejahtera rakyat sarawak


Keputusan telah diumumkan di mana BN menang lebih 2/3 dengan 55 kerusi, DAP 10, PKR 3 dan Bebas 1.. Aku masa menunggu tu penuh debaran tapi ALHAMDULILLAH, akhirnya BN menang juga. Nampaknya khabar angin yang menyatakan PR akan menang hanyalah semata-mata khabar angin. Walaubagaimana pun, DUN yang dimenangi BN sebenarnya merosot dulu menang lebih 60 skarang dah kurang sikit. kena buat postmortem dan check mana yang patut. Tahniah sekali lagi kepada BN.

Tuesday, April 12, 2011

Bila kawanku membebel

Masa ni aku sebenarnya aku tengah nak buat kerja... tetiba rakanku ni asyik pot pet kat sebelah aku.. Pedih ulu hati aku.. Ishk cakap nanti takut bising pulak.. Yelah KAWAN (dengan gaya muka menyampah)...

Sebenarnya baru nak mula rajin... X apa esok ada lagi... Esoklah rajin... Lagipun hari ni boss takde, esok boss baru ada... Jadi sesuailah esok untuk jadi rajin

Hmmm... mereka masih pot pet lagi

Ameng spring didapati bersalah... Sedih dan hiba


Aku benar-benar terkejut bila pelontar suara yang merdu ni didapati bersalah.. Pada aku, muka dia kelihatan baik dan bagi aku juga mana ada bumi yang tidak dtimpa hujan (berperibahasa pulak)..

Ameng dah mengaku kesalahannya cuma hukuman yang dikenakan ke atasnya berat sungguh.. Mungkinkah Ameng sepatutnya diberi peluang kedua? bagi aku seharusnya begitu..

lapan tahun beb, lama tu.. dah lah tu kena sebat 10 kali. Aku kesian sangat kat dia. Namun yang demikian, isterinya terselamat daripada hukuman kerana pihak pendakwa menarik balik pertuduhan..

Apa2 pun, semoga Ameng tabah menghadapi dugaan hidup ini

Klik sini
SUMBER UTUSAN MALAYSIA:

Aku malas gila hari ni


Entah kenapa pagi-pagi ni aku rasa malas sangat... Sekarang ni waktu rehat... Jadi aku terus mengelepek (ada ke perkataan ni??)

masa bertugas pagi tadi, aku betul betul rasa hampeh.. Padahal kerja melambak.. Kalau nak kata tidur lewat, rasanya tak juga sebab aku tidur dalam jam 1 pagi... bangun jam 6 pagi lah lebih kurang.. Maknanya memang dah cukup tidur.. Tapi memang rasa malas sangat.. Semua kerja asyik nak bertangguh je.. Akhirnya dah menggunung dah kerja kat bahu aku ni..

Patutlah aku rasa macam senget semacam je... Rupanya dah banyak sangat kerja terbeban.. Nasib baik senget sebab kerja bukan dosa.. hehehehehe


Tak apa, aku berazam akan menjadi orang rajin pada hari esok... Tapi untuk hari ni, aku nak sambil lewa jer... (masih malas jugak)

Viewer tinggi tapi sikit sangat yang jadi follower (x kisahlah)



Aku agak pelik sikit dengan blog aku ni... Aku rasa rama juga yang baca dan menyinggah ke blog aku ni tapi sikit sangat yang follow.. Anyway, aku tak kisah pun, yang penting hanya bersuka2.. huhu

Monday, April 11, 2011

sendu AF9: bengang dengan pengkritik OGY


Peminat Af telah kembali. Aku memang terasa sesuatu yang hangat dan sering menunggu... Kembalinya AF menjadikan ada sesuatu yang aku nak nanti pada malam sabtu.. yang menjadik masalah ialah apabila Pengkritik terlebih sudu dari kuah..

Bagi aku semua pengkritik tu dah ok cuma ada minah banyak songeh ni menyebabkan aku menyampah.. Macam bagus gila... Padahal dia berlakon pun over sangat sampai tahap tak natural.. Dok menyumpah semua perserta AF.. Aku pun memang nampak peserta AF ada yang tidak elok, tapi masalahnya OGY ni rasa dia bagus sangat..

Aku tak suka dia jadik pengkritik sebab menyebabkan aku macam nak lempang juga muka dia (tapi tak lah sampai tahap tu.. kalau kita sound dia mesti dia kata sekadar nak mendidik.. Astro please tamatkan kontrak dia sebagai pengkritik kerana kritikan dia tak relevan..

Tak boleh angkat tanganlah, tak boleh ada penari lah, hai benci gila..

Ada satu rancangan yang dia kendalikan yang dinamakan JAGUH KAMPUNG... hmmmm macam biasalah minah ni mesti over...

Kesimpulan: tak suka OGY ahmad daud sebab OVER

Sunday, April 10, 2011

cari pasal.


Aku tak senang duduk hari ni bila ada yang saja je cari nahas. Nak report dengan boss konon.. walhal kerja sendiri tak siap.. Menyampah tahap gaban. Benci betul.. Konon nak mengampu lah tu dengan bagitau apa yang orang lain buat salah..

Sorry sikit ye, bab mengampu ni aku nombor satu.. (wakakka) Kau takkan terlepas ye. sebab bos pun dah bagitau aku balik tentang apa yang kau lakukan tu. Siap kau..?

Thursday, April 7, 2011

Perwira tidak didendang

Ada kalanya kita hidup sebagai manusia memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan perangsang hidup. Perangsang ini boleh datang dalam pelbagai bentuk.. Kadangkala pujian, hadiah ataupun cukup sekadar senyuman..

Namun, adakalanya kita tidak dapat apa yang kita harapkan dan kehendaki. Ini sesungguhnya sesuatu yang menyedihkan bilamana apa yang kita lakukan tidak dihargai.

kata orang, berbuat sesuatu kena ikhlas tapi kalau tak diiktiraf kadangkala jadi tak ikhlas,,

Tuesday, April 5, 2011

CErita tempat kerja (nak ngumpat sikit)

Aku waktu muda dulu boleh lah dikatakan orang yang agak rajin dan berkaliber.. Cuma bila dah lama sikit, mulalah nak tunjuk perangai bagus.. Walhal taklah sebagus mana..

Aku ada sedikit kisah kat tempat kerja aku ni... Kita memang biasa bekerja dengan ramai orang... Dalam ramai-ramai tu, mesti ada yang rapat dengan kita..

Yang menjadi masalah ialah, apabila kita telah rapat dengan rakan sekerja, dan rakan sekerja mengambil kesempatan ke atas kita. Sebagai contoh, kita kena coverkan kerja dia walaupun dia tak siap.. kadangkala tu yang lebih memedihkan hati apabila kita terpaksa menipu demi menjaga aib dirinya..

Aku memang bengang bila orang ambil kesempatan.. aku pun suka juga ambil kesempatan, tapi pada pada lah. Jangan berlebihan..

Sekarang aku dah bengang.. (bukan bengong), cuma masalahnya dia ni kawan.. tapi caranya membuatkan aku terfikir samaada nak kawan atau tak dengan dia???

P/s: 1. macam budak sekolah rendah pulak nak kawan atau tak kawan
2. aku sibuk cakap tak nak kawan dengan orang, diorang ni sebenarnya nak ke kawan dengan aku

Sunday, April 3, 2011

mahaRaja Lawak?

Best-best... Aku bagi rate 5 stars out of 5.1 stars.. memang best.. Bagi aku paling best sekali ialah NABIL... memang berbisa.. Yang lain best jugak cuma yang lain dalam group. jadik tidak lah sebest orang yang mampu buat lawak sacara solo..

Jihan tak kurang hebatnya, cuma rezeki dia tak berapa kerana diletakkan di top bottom (boleh gitu).. semua boleh dikatakan beri lawak yang membrangsangkan. Macam kumpulan jambu (tauke+yus), aku tak target langsung grup ni mampu berikan yang besh, tapi tak disangka lawaknyacukup menjadi..

dalam ramai-ramai cuma satu je yang aku langsung tak suka 100%.. AMIR, aku rasa kalau dikumpulkan semua peserta raja lawak, rasanya dia mesti dapat bottom 3... Jahat tak?

Wednesday, March 30, 2011

Hari sabtu? Wajarkah kakitangan kerajaan bekerja?

Aku memang tidak berapa mahir dalam urusan pekeliling.. Namun, apa yang pernah aku dengar ialah, hari sabtu ialah hari rehat dan jika disuruh bertugas seharusnya dengan rela hati daripada pekerja..

namun demikian, kadangkala ada kuasa ghaib yang menggunakan kuasa VETO (walaupun tidak diperuntukkan untuknya) bagi menyuruh kakitang bekerja pada hari sabtu. bagi aku, ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi. Tapi, nak buat macam mana, kadangkala kita sebagai kakitangan biasa, terpaksa mengikut arahan walaupun tanpa kerelaan dan juga bukan kenyataan pekeliling.

Sunday, March 27, 2011

Indahnya matematik

tadi aku sibuk menyelak-menyelak buku-buku dalam laman maya ni.. Jumpa sesuatu yang interesting... just nak kongsi... memang best

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888



Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:



1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Saturday, March 26, 2011

Kisah solat

cerita ini benar-benar menginsafkan aku? bagaimana pula dengan korang?

Bismillah. Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna Hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut danmeletakkannya di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa apabila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dalam beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah-patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam tersebut sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah-matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat-lewatkan solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman daripada kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insya Allah. Ini baru siksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat langsung?

Friday, March 25, 2011

Kisah bapa mithali

Seperti yang diketahui ramai, kita sering diuar-uarkan dengan kisah ibu mithali.. Mari kita dengarkan kisah bapa mithali..

Ada sepasang suami isteri yang kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan awam. Satu hari si ibu perlu kerja ke luar daerah. Maka tinggallah si bapa dengan si anak tadi. Kebetulan si anak ini demam yang amat panas. Sedangkan ibu perlu keluar daerah selama 3 hari. Malam pertama, anak menangis-nangis dan tidak mahu susu. Lalu sibapa bergegas ke tempat si ibu tadi untuk menerima susuan si ibu. Kemudian kembali semula ke rumah di daerah berlainan.

Hari kedua, si anak masih lagi demam dan tidak kebah-kebah. Lalu si bapa telah mengambil cuti dan bergegas ke daerah tempat si ibu berkursus. Menyewa 1 malam di hotel dan menjemput isterinya apabila si isteri tamat kursus pada malam tersebut. Esoknya, si bapa menghantar semula si ibu ketempat kursus...Mithali kan bapa ini yang sanggup bergerak jauh demi si anak.

Semoga si anak sihat sejahtera dan rumah tangga kekal selamanya... Amin

Wednesday, March 23, 2011

Sensasi lelaki Y

Keliru dan penuh rahsia.. Cuma aku rasa tak lah berapa rahsia sangat sebenarnya. Yelah, daripada bahan bukti yang diperolehi daripada dalam sel, sebenarnya kita semua dah tau DNA nya match dengn lelaki Y. Cuma tak boleh diterima kerana ia dikatakan tidak mengikut undang-undang..

Namun yang demikian, hari ini melalui harian metro telah keluar satu kenyataan bahawa DNA tidak boleh dipaksa serah oleh si yang dituduh. Jadi lelaki tersebut sebenarnya ada HAK untuk tidak menyerahkan DNA nya.

Di dalam akhbar yang sama turut memaklumkan bahawa Barang bukti dari sel telah diterima pakai kerana tiada unsur-unsur pelanggaran undang-undang semasa mengambil bahan bukti..

Tentang video and segala bagai tu, aku tak nak komen.. Cuma, macam dah tau je ending kes ni... kan.. kan... kan?

Tuesday, March 22, 2011

kedai mamak: tipah tertipu

Semalam anak aku demam, so aku pun nak pi klinik. Time tu dah pukul 6.45 petang... So ronda-ronda, klinik semua dah tutup... Diorang bukak balik dalam jam 7.25... masa tu perut aku dah lapar gila.. bini aku pun sama juga.. yelah hujan dan kitaorang tak makan lagi.. So, masa aku nak pergi farmasi sebab nak beli termometer untuk anak aku, aku pun singgah kat kedai mamak sebelah dia dan order dua bungkus roti canai sardin. Semasa menunggu pesanan sampai, aku tanya2lah dengan mamat mamak (katanya) yang sedang memasak roti canai tu.

Aku tanya nama dia, dia jawab nama dia MUTHU.. What??? so aku tanya lagi agama apa??.. Dia jawab agama Hindu, aku terus takut nak makan sebab was was.. yang pelik tu kedai tu ada tulis ALLAH Muhammad dan ayat alquran kat dinding dia... Menipu namanya ni... Mana boleh tukang masak bukan ISlam memasak di kedai ISLAM...

JAdi, aku nak advice kalau nak ke kluang jangan ke kedai MAMAK di sebelah farmasi dekat dngan sungai... sebab tukang masak dia namanya MUTHU.. aku ni jiwa 1Malaysia tapi bab makan kena jaga beb,...

tak silap aku namakedai makan tu Restoran Jamilah..

Monday, March 21, 2011

Cikgu shidah yang glamour

nak tulis jugak pasal dia.. Aku memang minat gila kat dia ni... sempoi, kreatif, berseni dan punya keberanian.. tak macam orang lain yang hanya tau mengkritik je... video dia memang best kalau diberi pilihan tentu aku vote the most popular miming video ever... aku salute dia selamanya

http://www.youtube.com/watch?v=HV7IW3n5oWs&feature=fvwrel

Aku mesti bermotivasi... ye kah?

Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah dalam jam 6.30 pagi... mula-mula hantar isteri(saja nak naik satu kereta jimat minyak), lepas tu hantar anak ke rumah mak, then baru ke tempat kerja sendiri... biasanya aku akan sampai ke tempat kerja sekitar jam 7.16 pagi..

bukan itu ceritanya.., Aku rasa lately ni aku makin malas.. Sebab kalau nak list down memang banyak sangat kerja yang aku kumpulkan tapi tak buat-buat.. Entah macammana tetiba pagi tadi aku "TERBUKAK" IKIM FM (106.?? area kluang), so terdengar lah tazkirah.. best gak channel ni. aku pun macam lahir satu semangat yang pastinya membara tatkala itu..

lepas tu aku sampai je kat tempat kerja, tetiba boss panggil aku.. dia cakap prestasi aku teruk.. nak jumpa pada pukul 1.20 tengahari (padahal prestasi tu bukan salah aku sorang...hehhehe taknak ngaku)..

entahlah... terus motivasi aku yang tadi membentuk insan sejati dan penuh dedikasi merudum sama sekali.. kejap sangat berubah.. aku rasa aku ni memang ngokngek... Tu lah suka sangat ngata orang... akhirnya orang menyampah dan menyumpah aku.

Ishk kalaulah motivasi boleh beli kat kedai, dah lama aku beli... aku ni dah jadi pemalas (macamlah rajin sangat sebelum ni)..

dah lah... malas nak membebel lagi... nak up balik motivasi dan sambung kerja.

Sunday, March 20, 2011

Dun sarawak dah bubar

hmmm best best... mesti ada isu baik punya... nanti aku komen ok...

Merah Padam mukaku

Aku ni memang nampak alim tapi hakikatnya hanya Dia yang maha mengetahui.. Aku memang ngaku aku ni suka ngumpat tapi aku rasa masih tak tahap kritikal... katanya..

satu kali tu aku pun dok pergi teman isteri aku( teman isteri je kerja aku ni.. so, sementara dia buat urusan kat pejabat *** tu, aku pun mengendong lah anak aku bersiar2 di sekeliling luar pejabat tu.. dah letih (anak aku 7kg lebih).. aku pun duduk kat pondok jaga... jaga tu pun layan borak... Orang tua ni memang peramah sgt.. sekali lagi aku terpaksa jadik becok sebab pak guard tu peramah walaupun sebenarnya aku ni pendiam..

dok sembang baik punya, tetiba ada satu minah ni masuk lah ke dalam kawasn perkarangan pejabat tu... punya lah badigol.. dia langsung tak menoleh ke pakguard.. tak hormat orang tua langsung...dalam hatiku berkata.. tapi aku luahkan juga pada orang tua guard tu...

aku sibuklah mengomen sambil mengumpul dosa(ya allah, ampun kan aku).. last2, pakguard tu bagitau itu anak dia.. aku tersipu gila tak tau nak cakap apa... lepas tu terus aku angkut anak aku lepak dalam kereta je.. lepas ni, aku mesti taknak teman bini aku pergi situ lagi... nyesal gila

Wednesday, March 16, 2011

Gunting rambut yang tuttttt.............. dan hero hindustan

Semalam aku dan isteri aku ke bandar sebab menguruskan hal dia ni... Aku pun ke kedai india kegemaran aku. malangnya tukang gunting rambut yang aku suka dah balik ke nagara india.. itu bukan cerita yang aku nak cerita..

apa yang aku nak cerita sebenarnya ialah mengenai tukang gunting baru.. Mamat ni memang dari india jugak.. dia memang tak boleh cakap bahasa melayu langsung.. tapi, dia boleh cakap bahasa inggeris sikit-sikit.. semasa menggunting, mulut dia punyalah peramah.. aku yang"pendiam" ni pun turut serta berceloteh sekali.. mula-mula oklah dia cerita pasal negranya yang canti dan katanya kawasan yang dia tinggal tu yang tercantik di india (chennai).. entah aku pun tak pernah bergoogle nengok chennai macamana..

tetiba dia tanya, aku ni agama apa??/ aku punjawablah islam.. dia cakap muka aku tak macam orang islam tapi macam hindu.. dan dia sangat pelik sebab bini aku pakai tudung labuh (muslim).. aku bagitau tapi dia tak percaya.. Mungkin dia buta kot.. tengok muka jawa aku ni tapi persis muka HERO HINDUSTAN.. heheheheh

NUKLEAR: jepun dan malaysia


Aku memang betul betul sadis apabila mendengar tentang bencana alam yang berlaku di jepun tu.. Jepun bukanlah negara pembangun senjata nuklear tetapi mereka menggunakan tenaga itu sebagai satu sumber bagi menjana elektrik yang murah dan efisien walaupun risikonya amat tinggi. Bagi negara jepun yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta sering diancam bencana, tentunya pelbagai langkah telah diambil bagi meminimakan bencana yang berisiko terjadi.. Tapi, tulah, kuasa manusia mana mampu mengatasi kuasa tuhan kan?

Malaysia pula telah merancang untuk membina reaktor nuklear nya sendiri.. Dengar katalah, menjelang tahun 2020 Malaysia akan memiliki sendiri sumber tersebut. Setelah kejadian yang berlaku di jepun itu, tak tahulah samada malaysia akan meneruskan rancangan itu atau tidak.. kalau ikut TUN M, dia tak suka malaysia ada sumber tu sebab malaysia takder kemampuan untuk menjaga atau memantau keselamatan.

Pada pendapat aku pulak, AKU SETUJU jika reaktor nuklear itu diteruskan pembinaannya.. sebab malaysia jauh dari kawasan bencana dan sekrang sumber tenaga semakin berkurangan.. tentang keupayaan mengendalikan tenaga nulear, aku rasa Malaysia masih punya masa untuk belajar dari negara lain.

Tuesday, March 8, 2011

kisah hipokrit

Pada hari sabtu lepas aku ada ikut isteri aku ke melaka. Hmm.. hari yang membosankan sebab aku tak rasa aktiviti yang dijalankan dirancang dengan bersungguh-sungguh. Apa yang aku nampak aktiviti yang dijalankan hanya ingin memenuhkan rancangan masa lapang semata-mata.. tapi masa ada games sikit tu kira puas hati jugaklah.. Namun bukan itu yang aku nak cerita..

di dalam banyak-banyak individu yang menyertai rombongan ini, aku memang pelik ada sorang minah ni (kalau lah layak dipanggil minah), pakai purdah... WHAT??? (boleh kerja gomen pakai purdah)... well, lantak dia lah.. tapi yang aku musykil dan pelik serta terasa macam nak muntah sakan ialah apabila dia menjerit sesuka hati ketika perlawanan persahabatan bola jaring... langsung tak masuk gaya..

aku bukanlah anti dengan orang yang pakai purdah@alim (katanya)... namun, yang pelik lagi ni,,, masa nak bertolak boleh pulak dia panggil ramai-ramai budak lelaki buat sembahyang sunat dhuha.. memang bagus sembahyang tu cuma tak kena tempat.. waktu tu semua dah menunggu nak naik bas.. Macam nak menunjuk.. lebih memelikkan lagi hanya budak lelaki dipanggil dan budak perempuan dibiar naik bas.. ishk ishk.. kecohlah lu beb..

Aku memang tak boleh sesuka hati nak judge orang tapi yang nyata instinct aku menyatakan dia memang nak menunjuk..
aku memang mulut jahat kan... kalau setuju... terima kasih sebab memuji.. hahahahah

Tuesday, March 1, 2011

Fitnah

sekarang ni orang dok sibuk membuat kisah sensasi sepanjang masa. tak kiralah politik ke, hiburan ke, kat tempat kerja ke, kat tempat belajar... semua nak glamour dan publisiti.. Akibatnya fitnah menjadi sesuatu yang common. Kita ni hidup kejap je.. kena elakkan semua tu.. Ada juga yang nak berjaya dengan menggunakan cara yang kotor iaitu memfitnah orang lain. Ini termasuklah dalam dunia perniagaan. Seringkali kita dengar mereka memburukkan orang lain bagi membolehkan mereka dapat menarik perhatian orang supaya terdorong mendapat keuntungan dari sesuatu pihak..

Saturday, February 19, 2011

Minta tolong buat assignment

Selalunya kalau kat luar negara perkara ni dah jadi perkara biasa. Tapi kat Malaysia, benda ni baru lagi.. Kalau nak suruh orang buatkan assignment dengan harga murah.. ada satu blog ni.. jenguk-jenguklah ya

http://tugasankaukubuat.blogspot.com

KES ANWAR

Aku sebenarnya dah malas dah nak sentuh soal ni. Bukan apa.. Cuma aku naik bosan memandangkan kes in tak selesai-selesai. Aku pun tak paham. Susah sangat kes ni nak diselesaikan. Kes ini berprofile tinggi. Sepatutnya ia menjadi keutamaan. Di pihak Anwar, dikatanya mahkamah sudah setting keputusan kes. manakalah di pihak yang mendakwa iaitu Azlan, kata haknya telah terpinggirr kerana pihak anwar asyik minta tangguh. Siapa yang benar hanya tuhan yang tahu kerana kedua-duanya mengaku mereka di tempat yang benar. ini mahkamah dunia. Semoga mahkamah dunia ppun buat keputusan yang tepat.. Amin

Bila buta mata hati

Kalau mata dah buta.. Nak cakap apalagi.. Semua yang orang buat tak betul. Semata-mata nak puaskan nafsu sendiri aja. Aku naik jelik bila orang sibuk nak mengata orang je. Tapi sendiri tak nampak kesalahan sendiri. Benda ni memang biasanya terjadi kepada orang-orang tua atau wajarannya ialah senior. Mulut mcm manis tapi hati memang bau longkang. Dusah nak terima pendapat orang lain. Macam cel***. Cuba lah terangkan hati tu sikit..